February 1, 2014

Kucing makan cokelat boleh menyebabkan kematian?

Kucing adalah sejenis haiwan yang sangat memilih. Tidak semua kucing yang akan makan cokelat jika diberikan kepada mereka. Tetapi jika mereka memakan cokelat, anda sepatutnya menghalangnya. Cokelat adalah berbahaya buat kucing.

Kenapa Cokelat Berbahaya?

Cokelat mengandungi theobromine dan caffeine. Dalam kuantiti yang banyak, terutamanya  theobromine adalah sangat berbahaya kerana kucing tidak boleh menyingkirkannya seperti tubuh manusia. Ini akan memberikan komplikasi terhadap sistem saraf dan jantung kucing.


Sejumlah kecil cokelat tidak akan mematikan kucing, tetapi jika dimakan dengan banyak (terutamanya cokelat berwarna hitam gelap dan pekat) akan mencetuskan situasi kecemasan buat kucing!

Cokelat yang lebih gelap warnanya adalah lebih berbahaya kerana mengandungi banyak toksik. Baking chocolate adalah dikatakan paling berbahaya kerana mempunyai theobromine pada tahap yang tertinggi.

Simptom-simptom Toksik Cokelat.

Kucing anda akan mengalami simptom-simptom ini sekiranya termakan cokelat dalam kuantiti yang banyak:
  • kelesuan
  • gemuruh
  • selalu dahaga
  • kerap kencing
  • sawan
  • denyutan jantung tidak normal
  • sakit otot
  • muntah
  • cirit birit
  • kerap menjilat
  • loya
  • kegelisahan
  • hiper aktif
  • tekanan darah meningkat
  • koma
  • kematian
Langkah Merawat

Satu-satunya langkah untuk merawat adalah dengan membawa kucing anda ke klinik haiwan dengan segera.

Cara Mencegah

Memberikan makanan kucing kepada kucing anda. Jangan sesekali memberikan cokelat atau makanan manusia lain yang tidak diketahui kandungannya baik atau tidak untuk kucing. Selain dari cokelat, anda juga perlu menjauhikan susu lembu daripada kucing. Kucing akan meminumnya kerana ia sejenis susu tapi susu lembu bukanlah susu yang terbaik buat kucing. Ia akan menyebabkan kucing cirit-birit.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...