Kejamnya manusia! Seekor anjing di Foshan daerah Guandong, China, bernama Xixi, telah diseksa dengan teruk sekali oleh manusia. Kedua-dua mata Xixi telah dicungkil keluar, kelaminnya telah dipotong, dan bahagian badannya penuh dengan lubang-lubang, namun Xixi masih lagi berupaya hidup di dunia ini.
Sebelum ini Xixi kelihatan berkeliaran di kawasan perumahan, tetapi orang ramai tidak berani mendekatinya kerana keadaannya yang teruk dengan luka-luka dan menakutkan. Sehinggalah ada sukerelawan yang datang menyelamat Xixi. Menurut pasukan penyelamat Xixi itu, Xixi dengan terdesaknya telah mengigit tali yang diikat oleh penyelamat itu, kerana dipercayai dia beranggapan dia akan diseksa sekali lagi.
Mengikut diagnosis doktor, Xixi telah mengalami kecederaan di seluruh badannya akibat daripada perbuatan manusia dan disebabkan kecederaan ini lambat dirawat, luka-luka itu telah dijangkiti kuman dan menghasilkan leukemia, menyebabkan ketumbuhan darah putih di badannya. Sekarang, keadaan Xixi bertambah teruk sehingga doktor sukar mengawalnya.
Sukarelawan menjaga Xixi dari siang hingga malam untuk memantau keadaannya, mereka mendapati Xixi sukar untuk kencing dan membuang air besar kerana ia menyakitkan bagi Xixi.
Sumber: China Smack
Kalau hidup dye menderita sebegini, lebih baik dia kembali ke 'sana' bahagia d 'sana'.. T_T
ReplyDeletex sggup tgk binatg d seksa sebegini.. manusia yg tidak berhati perut.. tidak berperikemanusiaan..
aku tak sanggup tgk..bleh inject jer bg dia tidurselamanya.... tak boleh mcm ni... terlalu seksa utk hidup..bg la dia pergi jeerr
ReplyDeleteKesiannya, inject kasi mati lah..tak sanggup lihat dia hidup menderita macam ni..manusia KEJAM! TAKDA OTAK!
ReplyDeletekesian Xixi..ape la motif dia buat XiXi smpai begitu sekali..?..
ReplyDeleteYa Allah, Kau peliharalah makhluk tidak berdosa ni.. cabutlah nyawanya andai itu mampu melenyapkan penderitaannya.. :'(
ReplyDeletekesian xixi..binatang x bersalah pon nk seksa..ape nk jd dgn manusia..allah kurniakn akal utk berfikir..bkn utk menyeksa binatang...;(
ReplyDeletetergamaknya. xde otak ke ? xde hati ke? kesian xixi.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTOLONG JANGAN BUAT BINATANG MCM TOH .. binatang toh tak salah ... kadang2 haku konpius manusia yg kejam nih .. manusia or setan ...
ReplyDeletemacam mana ye nak buat report?pada siapa?kucing di dalam rumah yang tidak dijaga dgn baik...najis tidak pernah dibersihkan...makan minum pun dicatu...help me!!!urgent!!!
ReplyDeletesedihnya... nak nangis rasanya... zaman skng ni manusia dah lagi terok dari binatang!! huh.. sy follow sini ya..(pencinta kucing) ;)
ReplyDelete