April 4, 2011

Kejam! Kucing Dijemur Panas


Apabila kita melihat kucing yang dikurung dan dibiar dijemur tengah panas, bayangkan kalau kita manusia dikurung di dalam sangkar/kandang yang tiada tempah berteduh, lalu cahaya matahari memancar terus ke arah kita. Jangan lupa, kucing juga mempunyai deria seperti manusia, bermaksud kucing juga akan rasa panas dan sejuk. Tambahan pula kucing mempunyai bulu yang lebat, akan berasa panas lebih dari manusia. 

Oleh itu kita selalu lihat kucing suka tidur atau baring di tempat berteduh termasuklah bawah kereta, bawah pokok dan sebagainya. Jadi, sesiapa yang berhasrat untuk membela kucing di dalam kurungan sangkar/kandang perlulah menyediakan tempat yang selesa dan mengambil kira faktor-faktor seperti keadaan kurungan tersebut.

Kucing kepanasan dijemur cahaya matahari yang terik


Tak senang duduk


Mencari teduh, tapi apakan daya, di dalam kurungan.

7 comments:

  1. banggangnya tuan dia..... xdak hati perut ka apa dorg nie.... ermmm.... kesian kucing2 tu.....

    ReplyDelete
  2. cian ny..
    sankar cantik2 pun tak guna la!!

    ReplyDelete
  3. kesiannya kucing2 tu..tlg la lepaskn dri siksaan tu..panas laa..:'(

    ReplyDelete
  4. eh2.. bukan bukan.. cte nie dh popular last 2years kat germany, mse tu rynn de sne gak.. kucing2 tu xkena kurung pun..

    actually, kucing2 tu suke lepak bwah matahari mase pagi2 tu, so tuan tu buatla tmpt utk dorg lpk kena matahari.. tgk kat pict kedua tu, kan de link ke tingkap tu kan, sebenarnye de door flap kat stu, so kucing tu leh kluar msuk ble dorg nk.. hehe jgn rsau2 tau.. =)

    ReplyDelete
  5. Haah, kucing aku pun kalau ikat dia bawak jalan jalan mesti dia pegi tengah panas. Sun bathing la bagi tanned sket. hehehehe

    ReplyDelete
  6. ini bukan setakat panas, ujan pon konpom diorg basah kuyup.. kejam!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...