June 24, 2011

Jamil kucing mengeluh

Admin ternampak komen Jamil kucing di page facebook Selamatkan Kucing Malaysia. Dia kelihatan mengeluh dan tidak berpuas hati. Gambar di bawah ini menjelaskan segala-galanya.



Berikut adalah petikan daripada Jamil kucing:
Kepada mereka mereka yang selalu bertanya kerajaan tidak membantu jamilkucing kah? atau tidak membantu persatuan haiwan terbiarkah?

inilah surat yang sama jawapannya jamil terima sewaktu jamil memohon sokongan dan batuan dari pemerintahan perdana menetri Abdullah Badawi ( Pak Lah ) dan yang ini jamil memohon kepada 2 orang iaitu Perdana Menteri sendiri dan Isteri perdana menteri pengerusi Permata Negara.

Baik dari pejabat perdana menteri pak lah begitu juga perdana menteri najib jawapanya sama. Suratnya berbunyi: ISI BERKAITAN PERSATUAN PERLINDUNGAN KUCING SELANGOR DAN KUALA LUMPUR.

Tuan ,Dengan segala hormatnya saya menrujuk kepada surat tuan berkaitan perkara di atas,
2. Adalah di maklumkan bahawa perkara tersebut di atas telah pun di maklumkan kepada YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia.Memandangkan pihak kami tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk membiayai permohonan seperti telah di kemukakan oleh pihak tuan, sehubungan itu tuan adalah di nasihatkan untuk berurusan terus dengan mana-mana agensi atau jabatan yang berkaitan. 
(ADAKAH AGENSI ATAU JABATAN YG BENAR BENAR TULUS MEMBANTU HAIWAN DI MALAYSIA) Sekian terimakasih DATUK SITI AZIZAH BTE SHEIKH ABOD Jadi ko orang fikirlah sendiri. Jawapan jamil tetap sama. selagi negara ini di perintah atau di pegang oleh bangsa kita melayu islam, dont ever dream or think about gettingsupport to help any animals. no way.

Admin berpendapat masalah peruntukan ini memang selalu berlaku, sedangkan SPCA di Malaysia pun turut mengalami masalah sebegini. Jadi mulai dari sekarang, anda bolehlah menghulurkan derma kepada pertubuhan-pertubuhan yang melindungi haiwan ini. Anda boleh add facebook jamil kucing di sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...