Berita ini dilaporkan pada March 2011, meskipun dah berbulan berlalu, tapi kisah ini sangat menarik.
“Just to give everyone an update on Tashirojima, the cat island. The people and cats are safe but short of food. A volunteer looked into transporting food by boat, but the is too much debris in the water. A helicopter is the only way. The army will probably get a helicopter ready soon so we are looking into the possibility of asking them to take cat food too.”
Gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada March 2011 telah memberikan kenangan yang pahit buat rakyat Jepun. Ia telah memusnahkan sejumlah besar rumah dan harta benda, menyebabkan beribu-ribu orang telah menjadi pelarian, bencana nuklear yang memberikan kesan terhadap tahap kesihatan orang ramai dan bermacam lagi dugaan yang dihadapi. Mujurlah, gempa bumi dan tsunami ini tidak memusnahkan Tashirojima, yang lebih dikenali sebagai 'Pulau Kucing'.
Terletak di Ishinomaki City, Jepun, Pulau Kucing ialah sebuah pulau yang menempatkan kira-kira 100 rumah orang tua. Ramai penduduk di situ percaya, memberi kucing di pulau itu makan dapat memberikan mereka tuah, kekayaan, dan nasib yang baik. Pulau Kucing ini dihuni oleh beribu-ribu kucing jalanan (walaupun mereka kucing jalanan, tapi admin tengok semua cantik-cantik, takda yang comot). Untuk pengetahuan anda, di pulau ini tidak ada seekor pun anjing, ini kerana anjing tidak dibenarkan tinggal di sini.
Jasa penduduk yang selalu memberikan kucing di situ makan telah memberikan mereka nasib baik berikutan tidak ada seorang pun daripada mereka yang cedera atau terbunuh dalam gempa bumi dan tsunami. Bagi nasib kucing pula, mungkin seekor atau dua telah terbunuh akibat bencana alam itu, namun masih tiada bahan bukti (bangkai) kucing yang dijumpai. Laporan yang dibuat mengatakan pulau itu masih lagi dibanjiri kucing.
Malangnya, ada satu masalah, iaitu bekalan makanan untuk manusia mahupun kucing adalah sangat sedikit. (Dipercayai berikutan bencana alam yang melanda)
Penyelamat Haiwan Gempa Bumi Jepun dan organisasi sokongan telah menulis status ini di Facebook mereka:
Ini ada video berita berbahasa thai. Jangan terkejut tengok, banyak sungguh kucing di Pulau Kucing tu!
yg beshnyew sume kucg montel2.. ^^
ReplyDeletekucing kat sana mata pon sepet mcm org Jepun..hahaha...tp semua cute...nak je amik bela
ReplyDeletemuka masing2 gengster je..mklumlah kucing jalanan haha..ape2pun kawaii nekoo..hehe
ReplyDelete