June 7, 2014

Kucing Rasulullah Saw

Difahamkan kucing Rasulullah adalah dari baka "tabby" dan namanya Muezza. Secara kebetulan juga baka tabby ini selalunya ada kelihatan huruf "M" pada dahi. Ketika di zaman Rasulullah, mereka tidak menggunakan huruf roman (huruf yang kita guna sekarang), bangsa arab menggunakan huruf Arabic. Pelik tapi benar. M untuk Muhammad.

" Prophet Mohammed loved cats and reportedly his favorite cat, Muezza, was a tabby. Legend says that tabby cats have an “M” for Mohammed on top of their heads because Mohammad would often rest his hand on the cat’s head. "


Syurga kucing di Jepun

Terdapat satu pulau di Fukuoka, Jepun yang mempunyai bilangan kucing yang banyak. Sebab utama pulau itu menjadi tarikan orang ramai adalah kerana kucingnya! Semuanya kelihatan sihat dan cergas, ini kerana para nelayan yang kerap memberi makanan kepada kucing-kucing di situ. Syurga kucing ini semestinya menjadi impian setiap kucing jalanan di malaysia.


February 1, 2014

Kucing makan cokelat boleh menyebabkan kematian?

Kucing adalah sejenis haiwan yang sangat memilih. Tidak semua kucing yang akan makan cokelat jika diberikan kepada mereka. Tetapi jika mereka memakan cokelat, anda sepatutnya menghalangnya. Cokelat adalah berbahaya buat kucing.

Kenapa Cokelat Berbahaya?

Cokelat mengandungi theobromine dan caffeine. Dalam kuantiti yang banyak, terutamanya  theobromine adalah sangat berbahaya kerana kucing tidak boleh menyingkirkannya seperti tubuh manusia. Ini akan memberikan komplikasi terhadap sistem saraf dan jantung kucing.

Tiba masanya admin Mr.V untuk kembali aktif

Maaf kerana admin tidak update page ini untuk begitu lama. Admin juga faham bahawa sebenarnya ramai admin SKM yang tidak aktif. Jadi disini, admin ingin mengembalikan zaman kegemilangan blog dan page SKM seperti dulu. Admin akan update blog dan page SKM untuk anda. 

Sementara itu, admin juga ingin berkongsi partnership dengan page "kucing universe". Page itu diketuai saya Mr.V serta empat orang lagi admin. 


February 25, 2012

Anjing bukan patung

Kekejaman terhadap haiwan belum berakhir selagi ada makhluk bernama manusia di muka bumi ini. Kita diberikan akal untuk berfikir yang mana baik dan buruk, tetapi kita gagal menggunakannya dengan baik. Kita adalah makhluk yang bodoh. Sedangkan haiwan yang tidak mempunyai akal pun tidak membuat perkara yang kejam dan tidak berhati perut yang dilakukan manusia. Fikir-fikirkanlah.

Kucing anjing yang nakal



Nakal benar gambar-gambar ini. Apa yang bermain di fikiran anda?

Anjing yang berkerjasama

Admin percaya ia bukan lagi perkara yang aneh apabila anda melihat gambar ini. Kerana anjing memang terkenal dengan sikap tolong menolongnya. Walau tidak disuruh, ia akan buat. Betapa bijaknya haiwan ciptaan tuhan ini. Ini mungkin antara kelebihan yang ada pada haiwan ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...