December 25, 2011

Selamat tahun baru 2012 dari SKM

Hanya beberapa hari lagi, kita akan menyambut tahun baru. Admin ingin memohon maaf sepanjang tahun 2011 jika ada salah silap dari admin. Sepanjang tahun 2011 ini adalah tahun yang banyak membawa kesan terhadap kehidupan admin hehe, dan juga terhadap SKM sendiri.

Kucing mana nak pilih


Kalau diberikan pilihan untuk memilih kucing yang paling comel, kucing manakah yang menjadi pilihan anda. Pilih satu sahaja.



P/s: Macam mana nak pilih, semuanya cun. -_~

December 10, 2011

Berperikemanusiaan: Penyelamat anjing

Ini barulah dikatakan berperikemanusiaan. Walaupun usia baru setahun jagung, namun kanak-kanak ini sudah tahu erti kasih sayang terhadap haiwan. Amat memalukan jika kita lebih bodoh dari kanak-kanak ini, sedangkan mereka yang jauh lebih muda dan mentah dari kita pun lebih pandai mengertinya. 


Admin harap anda semua dapat belajar sesuatu dalam gambar yang disiarkan ini.

November 28, 2011

Biarlah berlainan spesies


Admin mula terfikir yang kucing dan arnab ini sebenarnya seolah-olah adik beradik. Banyak video di youtube yang memberi gambaran bahawa dua spesies ini begitu intim. Mereka ini sememangnya comel dan sesuai digandingkan. 

Mereka membunuh anjing

Dua ekor manusia dajjal ini telah melakukan kekejaman terhadap haiwan. Mungkin dua ekor ini boleh terlepas di dunia. Tapi di akhirat, binasalah anda berdua. Kalau kes ini berlaku di Malaysia memang admin jejak sampai ke lubang cacing. Biar sampai ke muka pengadilan, orang macam ini tak patut dibiarkan hidup bebas.


Apa pula komen anda wahai pembaca blog SKM?

November 4, 2011

Gembira kerana bunuh kucing


Wajah-wajah ini adalah wajah penghuni neraka jahanam. Sememangnya ada manusia yang tidak tahu menghormati haiwan-haiwan yang diciptakan tuhan untuk manusia. Gambar ini memberi gambaran, pembunuh-pembunuh itu kelihatan gembira dengan wajah yang riak dengan senyuman. 

Pembunuh kucing menempah tiket ke neraka


Malang sungguh anak kucing yang comel ini. Apakah salah dia? Apakah dosanya? Jika ada, tolong beritahu admin. Admin nak dengar sendiri apakah salah dia. Jika dia bersalah kerana mencuri makanan, ampunilah dia. Dia bukan manusia, dia haiwan, dia tidak mempunyai akal yang bijak seperti kita. 

Kemesraan bersama mainan

Comel? Pelik? Unik? Bila kucing seolah-olah bermain dengan permainan itu. Juru gambar juga sangat kreatif apabila menggabungkan kucing dengan patung permainan itu. :D


October 9, 2011

Anak anjing dibaling ke laut

Apakah perasaan anda apabila melihat gambar di bawah ini? Tentunya sedih, kerana tindakan ini yang sangat kejam terhadap haiwan. Apakah salah anak anjing ini? Ingatkah kita kisah seorang pelacur yang memberikan anjing minum air bekalannya? Namun, beginilah manusia kini, tiada rasa kasihan dan berperikemanusiaan. Admin bersyukur bila ada yang sanggup menolong anak anjing itu. Terima kasih wahai manusia yang baik hati. Manusia baik dan manusia jahat, macam-macam ragam manusia.

September 24, 2011

Kucing terjatuh dari tingkat 12

Kucing dalam video ini kelihatan parah dan nyawa-nyawa ikan. Kasihan melihat kucing ini, tapi yang admin tak puas hati si perakam video ini tak bantu kucing ni. Siap ambil video lagi, memang tak salah ambil video tapi seeloknya tolonglah dia sama. Jangalah melihat dia mati di depan mata begitu sahaja. 

September 20, 2011

Kucing suka naik bas

Kucing yang bernama Macavity ini mempunyai satu mata yang berwarna biru dan satu berwarna hijau. Namun apa yang istimewanya bukanlah mata kucing ini, tetapi kebijaksanaan yang ada pada kucing ini. Kucing ini dikatakan pandai mengunakan perkhidmatan pengangkutan bas. 

September 11, 2011

Berita Petknode [Video]

Kepada sesiapa yang terlepas atau ketinggalan tentang kes ini, tidak mengapa sebab admin ada sediakan video yang admin dapat ini. Selamat menonton.




September 6, 2011

Tertipu dengan Petknode


Kalau anda lihat gambar [Klik pada gambar untuk imej lebih besar] di atas, apa yang anda dapat katakan? Sekali baca, memang kata-kata dari Petknode ini sungguh meyakinkan kita tetapi hakikat sebenarnya tidak. Nasihat kepada anda di luar sana, berhati-hatilah memilih pusat penjagaan haiwan, walau di bandar mahupun di luar bandar. Kita doakan yang terbaik untuk kesejahteraan haiwan-haiwan di Malaysia ini. 

September 4, 2011

Kucing mati terseksa di Petknode, PJ

Admin nak meminta maaf kerana lambat update berita ini. Admin nak membuat satu ulasan mengenai kes yang tidak sepatutnya berlaku di negara kita ini. Rasanya semua orang dah tahu apa yang berlaku di Petknode Petaling Jaya baru-baru ini.



August 10, 2011

Ragam kucing di bulan Ramadhan

Kucing macam-macam ragam di bulan Ramadhan ni, hehe.

Apabila kucing ingin menutup aurat sempena bulan yang mulia ini, siap pakai tudung tapi minta kat tuan dia makanan. Ini tak boleh jadi ni, tukar imej tapi tak nak puasa. 

Kucing tutup aurat di bulan puasa

August 1, 2011

Selamat Berpuasa dari SKM

Admin ingin mengucapkan Selamat berpuasa. Semoga diperbanyakkan amal ibadat di bulan yang mulia ini. Kucing pun penat bulan puasa ni?


July 28, 2011

Mereka mati meninggalkan kita [18sg]

Salam SKM kepada semua pembaca blog ini, sebelum anda membaca blog ini admin ingin memaklumkan entri blog kali ini tidak sesuai kepada mereka yang lemah jantung atau sebagainya kerana terdapat paparan gambar yang mungkin akan meloyakan anda. 

Ada apa dengan tajuk "mereka mati meninggalkan kita?" Mereka yang dimaksudkan adalah kucing. Pernahkah kucing anda keluar dari rumah dan tidak pernah pulang selepas itu? Mungkin pelbagai andaian yang boleh dibuat samada kucing itu berhijrah ke rumah lain ( bertuan baru) ataupun kucing itu telah mati. 

July 18, 2011

Alat terjemahan bahasa kucing dan anjing


Meowlingual adalah sejenis alat yang dapat memberi terjemahan bahasa kucing kepada bahasa manusia.


Apabila kucing berkata meow, alat elektronik ini akan bertindak menterjemahkan apa yang kucing itu sedang bercakap.

July 12, 2011

Pic Badge SKM untuk anda


Mulai sekarang anda boleh memiliki badge ini di profile photo anda. Hanya klik pada link ini http://www.picbadges.com/selamatkan-kucing-malaysia-fc/1956634/? dan add to profile picture. 

Tunjukkan sokongan anda kepada SKM! 

July 7, 2011

Misteri kucing dibunuh setiap malam di Pahang

Berita ini admin dapat dari gempak.org, jadi admin nak berkongsi kepada anda tentang kejadian yang pelik tapi benar yang berlaku di Pahang ini. 

Misteri kucing yang mati di Pahang, setiap malam dengan gigitan cinta pada leher akhirnya terjawab. Hampir 20 ekor kucing telah menjadi mangsa, Kesemuanya diserang pada waktu malam. selepas digigit pada leher dengan luka yang besar, ia terbiar ditepi jalan, adakalanya 3 ekor jadi mangsa semalaman.

Abdul Hamid menunjukkan musang yang ditangkap Perhilitan yang menjadi punca kematian lebih 20 ekor kucing peliharaan penduduk di Mentakab.

Makan daging harimau?


Siapa sanggup makan daging harimau? Kalau tanya admin, memang admin tak sanggup, sebab makan harimau ni serupa makan daging kucing je.

July 6, 2011

Kerana terlalu sayangkan kucing


Ini satu lagi kisah pelik tapi benar, budak perempuan ini membela banyak ekor kucing di rumahnya. Tapi apa yang peliknya adalah tabiat budak perempuan ini. 

July 5, 2011

Budak sekolah dera kucing

Admin terbaca entri ini di blog http://bom321.blogspot.com, jadi izinkan admin mengulas kisah ni bagi pihak SKM dan pencinta kucing. 

Seorang budak lelaki berbasikal kelihatan berada di taman dengan seekor kucing. Dari susuk tubuh budak lelaki ini nampak sangat budak ni tak matang. Mungkin umur budak ni sekitar 15-17 tahun. Budak ini pada mulanya kelihatan sedang mengikat tali pada leher dan beberapa anggota badan kucing itu. 

July 4, 2011

Anjing yang rajin

Anjing ini sekali pandang nampak seperti juga anjing-anjing normal yang lain. Tetapi apa yang anda tidak tahu tentang anjing ini adalah dia seekor anjing yang rajin!


June 25, 2011

Kucing di Pulau Kucing terselamat dari Tsunami

Berita ini dilaporkan pada March 2011, meskipun dah berbulan berlalu, tapi kisah ini sangat menarik.

Gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada March 2011 telah memberikan kenangan yang pahit buat rakyat Jepun. Ia telah memusnahkan sejumlah besar rumah dan harta benda, menyebabkan beribu-ribu orang telah menjadi pelarian, bencana nuklear yang memberikan kesan terhadap tahap kesihatan orang ramai dan bermacam lagi dugaan yang dihadapi. Mujurlah, gempa bumi dan tsunami ini tidak memusnahkan Tashirojima, yang lebih dikenali sebagai 'Pulau Kucing'.

June 24, 2011

Jamil kucing mengeluh

Admin ternampak komen Jamil kucing di page facebook Selamatkan Kucing Malaysia. Dia kelihatan mengeluh dan tidak berpuas hati. Gambar di bawah ini menjelaskan segala-galanya.


June 20, 2011

Kucing berkawan dengan burung hantu?

Memang tidak dinafikan ini bukanlah perkara yang biasa berlaku tetapi ini adalah perkara yang luar biasa. Sebelum ini pun admin ada menerbitkan satu entri yang berlainan mengisahkan kucing berkawan dengan burung gagak. Kali ini burung hantu pula, adakah kucing ini memang meminati burung? Yang kita tahu kucing ini memang suka berkawan dengan arnab dan anjing, tapi dengan burung itu agak aneh. Maklumlah burung tidak duduk lama di darat, kehidupan burung sekurang-kurangnya mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di udara ataupun maksud lainnya ialah terbang.

Pelik bukan? Admin ada selitkan video di bawah sekali. Pastikan anda tengok dan selamat berhibur. ;)


June 14, 2011

Kucing marah SKMM [Video]

Ini adalah reaksi kucing berikutan tindakan yang drastik daripada SKMM yang menyekat 10 laman web.


June 12, 2011

Orang utan ketagih rokok

Seekor orang utan di zoo Johor, yang diberi nama Shirley, adalah seekor orang utan yang merokok! Orang awam yang mengunjungi zoo itu sering kali membaling rokok ke arah Shirley, sambil mengharapkan dia akan menghisap rokok dan menunjukkan aksinya di khalayak ramai. Shirley ketagih rokok, ada kalanya dia akan meminta rokok daripada pengunjung zoo. 


June 2, 2011

Anjing jalanan ditangkap, ditembak di hadapan kanak-kanak

Warga Pulau Pinang telah menjadi saksi kepada kekejaman penangkapan dan pembunuhan anjing jalanan di negeri itu. Kegiatan ini telah dilakukan oleh MPPP (Penang Municipal Council) dan penembak-penembak dikatakan menembak anjing itu di kawasan perumahan dan berdekatan dengan tadika kanak-kanak.

Penduduk setempat telah mendesak kerajaan negeri agar menimbang semula kaedah yang digunakan itu untuk mengurangkan anjing jalanan kerana kaedah yang digunakan tak sesuai dan juga merbahaya kepada orang ramai disebabkan aktiviti tembak menembak yang dilakukan itu di kawasan awam.

May 29, 2011

Jual daging anjing di Ipoh

Seorang lelaki yang berniaga di pasar Bercham di Ipoh didapati menjual pelbagai jenis daging haiwan termasuklah daging anjing dan haiwan eksotik yang diancam kepupusan. Jika anda ternampak dia berniaga di pasar, sila laporkan kepada polis.


May 23, 2011

Manja bersama yang tersayang [Gambar]

Kucing, anjing, arnab dan haiwan lain yang dibela manusia adalah anugerah Allah S.W.T. yang tidak ternilai. Tanpa mereka di sisi, pastinya hidup kita membosankan. Adanya mereka di sini mampu merawat penyakit stress dan memberikan mood yang baik dan ceria selalu.
Kucing seperti juga kanak-kanak

Anak Harimau Dipaksa Mengambil Gambar

Ganjaran duit dari pelancong membuatkan pelatih akan melakukan apa cara sekali pun bagi membuatkan anak harimau itu melakukan aksi menarik. 

May 22, 2011

Kucing Berdiri di Jepun

Kucing sangat popular di Jepun. Produk seperti filem anime Kiki’s Delivery Service dan Hello Kitty adalah contoh yang sesuai bagi menggambarkan betapa fanatiknya masyarakat jepun terhadap kucing.

Tama, Kucing Kereta Api


Seekor kucing jalanan mula mencari makan di stesen kereta api Wakayama, Jepun. Kucing betina itu kemudiannya dibela dan diberi nama Tama oleh pemilik kedai runcit di stesen itu. 

Kehadiran Tama di stesen kereta api itu mendapat layanan yang baik dari pengunjung dan para perkerja di stesen tersebut. Tama yang manja selalu dibelai oleh orang ramai yang datang ke stesen itu tanpa rasa malu. 

May 21, 2011

Apa pendapat anda tentang kucing Obesiti?

Disini admin nak bertanyakan beberapa soalan kepada peminat kucing semua, harap anda dapat menjawab dengan tulus dan ikhlas. ;)



Quizzes by Quibblo.com

Gemuk atau obesiti, istilah yang mempunyai sama maksud yang mengambarkan saiz badan seseorang. Kali ini topik kita, kucing gemuk dan obesiti. Jarang kita dapat lihat kucing di Malaysia ni yang gemuk-gemuk jika dibandingkan dengan negara lain. Di Thailand dan Singapura, banyak kucing yang obesiti. Di Malaysia mungkin kita tak pernah dengar langsung istilah kucing obesiti, manusia yang obesiti banyak pula. Hehe. Jadi tak tahulah apa sebabnya kucing di Malaysia ni tak mencapai lagi tahap obesiti.

Apa itu Pintu Kucing (cat flap)?



Cat flap atau cat door adalah pintu kucing yang selalunya dipasang pada pintu rumah, tingkap, atau dinding. Ianya bertujuan untuk memudahkan kucing masuk dan keluar rumah tanpa perlu menunggu pemiliknya membuka pintu. Ia sekaligus dapat menawarkan perlindungan kepada kucing daripada hujan dan suhu sejuk yang mungkin akan menyebabkan kucing terkena selsema. 

Cat flap ini popular di negara-negara maju antaranya di United Kingdom dimana hampir 90% pemilik kucing memasang cat flap ini di rumah mereka.

May 19, 2011

Mari Belajar Sejarah Kucing

Entri kali ini adalah berkaitan dengan sejarah kucing di serata dunia. Manusia pun ada sejarahnya, jadi kucing pun sudah tentu ada sejarahnya. Ini adalah diantaranya, banyak lagi sejarah kucing sebenarnya, cuma setakat ini sajalah yang admin dapat sediakan untuk anda buat masa ini. Sesuai untuk anda yang ingin tahu tentang sejarah kucing. 


Kucing Hitam


Pada pertengahan abad (middle ages), kucing tidak begitu popular kerana mereka sering dikaitkan dengan sihir dan ilmu hitam. Tetapi ada juga yang beranggapan ia membawa tuah. Para isteri kepada nelayan percaya membela kucing hitam dapat memberi tuah kepada mereka kerana dipercayai ia pelindung kepada suami supaya selamat pulang dari laut ketika selesai menangkap ikan. 

May 16, 2011

Kisah lucu kucing baru bangun tidur

Terlebih dahulu admin ingin memaklumkan ini adalah rekaan semata-mata. ;)


1. Pertama sekali, saya akan menggeliat selepas terjaga dari mimpi indah:













May 11, 2011

Jamil Kucing Penyelamat Kucing Malaysia

Jamil Kucing atau nama sebenarnya Jamil Bin Ismail merupakan insan yang biasa tetapi mempunyai pekerjaan yang sungguh luar biasa iaitu dengan memelihara kucing jalanan. Ini satu pekerjaan? 

Ya.. Jamil dikatakan sanggup berhenti dari kerjanya semata-mata untuk berkerja sebagai pemelihara kucing jalanan (animal charity), pekerjaan yang menjaga kebajikan haiwan terutamanya kucing. 

Jamil Kucing lebih terkenal di kawasan Bukit Bintang kerana di situlah tempat beliau mempamerkan kucing-kucing belaannya.

May 7, 2011

Tips Merawat Kucing Sakit


Merawat kucing yang sakit adalah sama seperti merawat anak yang sakit. Kucing yang sakit sepatutnya ditempatkan pada tempat yang tidak panas dan tidak terlalu sejuk yakni pada suhu bilik dan jangan tempatkan kucing di tempat yang bising kerana ini mungkin membuatkan kucing itu stress dan tidak selesa. 

Selain itu, pesakit (kucing) perlu diberikan tidur yang banyak mengikut kehendak dan keselesaan kucing. Selalunya kucing yang sakit tidur lebih banyak dari biasa. Anda juga boleh menyediakan bilik yang khas hanya untuk pesakit dan letakkan makanan dan air tidak jauh dari katil/tilam kucing bagi memudahkan mereka. 

Jika boleh, kucing yang dirawat dalam bilik itu berada pada jarak yang jauh dari perbualan / bunyi kegiatan keluarga di rumah, sebagai contohnya jauh dari perbualan keluarga yang bising, dari bunyi radio dan tv, atau bunyi anak yang menangis dan sebagainya.

April 30, 2011

Kambing Dua Kaki Sukar Menjalani Kehidupan


Seekor kambing berkaki dua telah dilahirkan pada bulan Julai di sebuah kawasan pendalaman. Kambing tersebut cacat kerana hanya berkaki dua, pada ketika ini umurnya masih muda, dan dia boleh berjalan dengan mudah menggunakan dua kakinya itu. 

Ibu Kucing Melahirkan Anak Anjing?


Walaupun ia sangat mustahil bagi spesis haiwan untuk melahirkan anak dari spesis yang berbeza tetapi lain pula ceritanya di Yangshan, China. Seekor ibu kucing telah menjadi bualan hangat penduduk setempat kerana telah melahirkan anak anjing. Kucing tersebut melahirkan dua ekor anaknya, satu kucing dan satu anjing.


April 27, 2011

Awas! Kucing yang Merosakkan Teddy Bear


Inilah jadinya jika kucing terlebih sayang teddy bear. 
Jadi kepada anda, berhati-hatilah, 
pastikan kucing anda tidak terlalu kemaruk dengan teddy bear anda.


Kucing Suka Teddy Bear 2


Ini edisi kedua. Kucing suka teddy bear 2. Gambar-gambar menarik kucing bersama teddy bear.

Kucing mirip anak patung?

April 25, 2011

April 21, 2011

Undi Blog SKM Sebagai Blogger Of The Year!


Disini kami mengajak anda untuk mengundi blog kucing yang pertama di dalam pertandingan Digi WWWOW Awards. Dipercayai SKM ni antara blog kucing yang bertanding, setakat ni admin belum nampak blog berkaitan kucing yang bertanding, alangkah bangganya jika SKM satu-satunya blog berkaitan kucing. ;)

Jadi harapnya, anda semua peminat kucing mengundi kami, langkah-langkahnya mudah saja, ada diselitkan di bawah ni. Terlebih dahulu admin juga ingin mengajak anda yang mempunyai blog boleh turut serta dalam pertandingan Digi WWWOW Awards ni, tapi vote la untuk SKM dulu ok!

April 17, 2011

Peminat Lady Gaga Bunuh Kucing




Terlebih dahulu admin ingin memaklumkan bahawa artikel ini telah dipetik dari blog taufiqhafiidh.blogspot.com. Ada satu kisah tentang seorang peminat Lady Gaga yang dipercayai telah membunuh kucing miliknya untuk mengambil darah bagi melengkapkan satu kostume yang diinspirasi oleh penyanyi itu. 

April 12, 2011

Kucing Bertelinga Empat


Gambar ini bukanlah diedit tetapi kucing ni memang cacat sejak dilahirkan.
Dia sering dipanggil Yoda, nama karekter Star Wars (admin bukan penggemar filem tu). 
Entah kenapa dia dipanggil Yoda tak tahulah , mungkin penggemar Star Wars lebih tahu kenapa.

Walaupun cacat, tapi ia tetap comel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...