July 4, 2011

Anjing yang rajin

Anjing ini sekali pandang nampak seperti juga anjing-anjing normal yang lain. Tetapi apa yang anda tidak tahu tentang anjing ini adalah dia seekor anjing yang rajin!



Anjing ini dikatakan istimewa kerana dia gemar untuk menyapu sampah di sekitar kawasan bandar Changchun, China. Kejadian ini menggemparkan pemilik anjing itu, anjing itu juga menjadi selebriti dan tarikan ramai orang di bandar itu. 

"Dia sangat pintar dan jinak. Saya memutuskan bahawa saya akan menggunakan sebahagian daripada masa lapang saya melatih dia untuk melakukan sesuatu yang istimewa. Apa yang memeranjatkan saya, dia seolah-olah suka membersihkan bandar ini, jadi saya telah membuat satu penyapu kecil untuk dia bawa bersamanya di mana-mana, "kata bangga pemilik, Xu.

P/s: Kalau anjing pun pandai jaga kebersihan, kenapa kita yang manusia ni tak boleh jaga kebersihan?

Tong sampah ada, tapi kita buang sampah di longkang, di lubang tandas, di singki, di tepi jalan. Anda fikirlah yang mana baik dan buruk. Kita ada akal, jadi gunalah dengan sebaiknya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...