March 31, 2011

March 30, 2011

Kucing Makan Buah?



Kucing ni haiwan karnivor tapi kenapa kucing makan buah? 

Soalan yang bagus, jawapannya sebab kucing makan buah-buahan adalah kerana cara hidup kucing yang berubah. Macam manusia, kucing pun perlukan khasiat dari makanan lain, jadi kucing pun pandai pilih makanan-makanan yang memberikan khasiat terbaik untuk kucing.

Kucing makan durian

Kompilasi Kemalangan Lucu Kucing



Kucing Jantan Bunuh Anaknya, Kenapa?


Selalu kita dengar, anak kucing kalau lahir, mesti kena makan dengan kucing yang lebih dewasa atau kita panggil bapak kucing kan? Jadi apa sebabnya kucing kucing ni dimakan?




Kucing Bermata Satu [Gempar!]



Abu Hassan Lumat, 46, yang berkerja di TNB dikejutkan apabila terjumpa anak kucing yang bermata satu ketika sedang membersihkan stor TNB bersama rakannya di Masjid Tanah, Melaka. Wajah kucing itu bermata satu, mempunyai telinga seperti telinga kera. Kucing itu dilahirkan oleh seekor kucing liar, walaubagaimanapun jangka hayat kucing itu hanya 24jam selepas ia ditemui ia mati pada keesokan harinya. 

Kucing Makan Rumput, Kenapa?


Kenapa kucing makan rumput?

1) Kucing makan rumput adalah kerana untuk mengharapakan dengan memakan rumput, ia akan keracunan atau sakit untuk memuntahkan mengeluarkan racun atau sakit yang ada dalam perut atau badannya. ini mungkin disebabkan gangguan pencernaan di dalam saluran perut.

Kucing Ada Sayap [Gempar!]




Pada tahun 2004, di Bukreyevk (sekitar Kursk), Russia bahagian tengah, seekor kucing bersayap dibunuh oleh penduduk setempat kerana dipercayai tahayul. Menurut akbar tempatan (Komsomolskaya Pravda), kucing tersebut dibunuh kerana dianggap sebagai utusan iblis.


Pada tahun 1998, seekor kucing hitam bersayap dijumpai di Northwood, Middlesex. Sayapnya terletak sekitar 2-3 inci dari tulang belikat dengan lebar sekitar 4 inci, tebal 1 inci dan panjang 8 inci (sekitar 20 cm). Sepasang sayap tersebut dilihat mengepak ketika kucing berlari.

Catatan Sejarah
Sekitar 138 kes kucing bersayap pernah tercatat dalam sejarah. Sayangnya hanya 28 kes yang didokumentasi.

Muzium Kucing di Malaysia



Percaya atau tidak, di Sarawak terdapat muzium yang diberi nama Muzium Kucing (Cat Museum) dan Muzium Kuching (Kuching Museum). Sebutan sama tetapi tempatnya berlainan, begitu juga dengan maksud kucing dan Kuching itu. Terlebih dahulu, anda mesti sudah tahu bahawa Kuching itu adalah nama ibu negeri Sarawak, tapi kita bukan nak bercerita tentang ibu negeri Sarawak, tapi pasal muzium kucing!

Dengar khabarnya muzium ini sungguh popular, dan menjadi tumpuan para pelancong terutamanya dari Eropah dan Jepun. Lokasi muzium ini terletak di sebelah Petra Jaya (seberang sungai Sarawak) dan boleh disinggah ketika dalam perjalanan ke Pantai Damai atau Santubong. Dari jauh lagi anda boleh melihat mercu tanda yang kelihatan seperti sebuah kubah masjid di atas bukit. Malah akan ada mereka yang tersalah anggap bahawa ia adalah Masjid Negeri Sarawak yang kebetulan pula berada di daerah yang sama.

Peraduan Whiskas


Peraduan Whiskas khas untuk pemilik kucing, boleh la join.

[Klik sini]

March 29, 2011

March 22, 2011

Anjing Lahirkan Anak Iras Manusia



Seekor ibu anjing telah melahirkan seekor anak anjing yang menyerupai manusia. Kelihatan bentuknya pelik dan tidak sempurna. Kemungkinan ia satu kacukan dari spesis atau haiwan lain. Kemungkinan spesis monyet?
Tidak diketahui.

March 20, 2011

Cimpanzi dan Anak Harimau


Kemesraan dan kasih sayang haiwan terhadap haiwan lain adalah suatu yang bukan perkara baru, tetapi kalau dilihat beratus kali pun tak jemu-jemu. Jadi, oleh sebab itu marilah kita hayati kisah persahabatan diantara cimpanzi dan harimau. (Harimau siberia kalau tak silap)

 Boleh lagi ambil gambar? Posing-posing sikit beruk..

Betapa intimnya kasih sesama haiwan ini.

Sedangkan spesis primate atau beruk ni pun ada rasa kasih sayang terhadap haiwan lain. Tetapi manusia?

Bunuh, dera, pemburuan haram dan sebagainya. Jadi ambillah tauladan dari kisah cimpanzi dan anak harimau putih gebu ni. Sama-sama kita menjaga ekosistem di bumi ini daripada terancam.

March 17, 2011

Kucing Jalanan


Kucing Jalanan, nampak kurus kering. Kalau bukan kita yang nak tolong mereka siapalah lagi?

Jadi mulakan kerja amal anda sekarang, setiap kucing yang kita selamatkan besar ganjarannya di akhirat. Jadi sama-samalah kita menolong kucing-kucing ini. 


March 16, 2011

Ikan Disuap Itik Semasa Makan


Inilah hebatnya ciptaan tuhan. 
Baik hati sungguh itik tu, dah anggap ikan-ikan macam sahabat sejati.


Penternak Ayam, Lembu, dan Khinzir Kejam!


Selepas saya tengok video ni teringat saya pada ajaran Islam kita yang menyuruh menyembelih haiwan di leher agar haiwan itu terus mati tanpa rasa seksa. Kita sebagai umat Islam tidak boleh memakan haiwan yang tidak disembelih kerana haram. Jadi setelah lihat video ini rasanya anda dah faham kenapa haram, sebabnya kalau tidak disembelih, haiwan akan dimatikan dengan cara yang terseksa. Terbukti jelas Islam itu mengajak melakukan kebaikan dan menghindari keburukan. Semoga video di bawah kita dapat jadikan pengajaran.


Mayat Kucing


Kes ni bukan berlaku di Malaysia, tapi berlaku di barat. Seorang remaja dikejutkan dengan mayat kucing di halaman rumahnya. 


March 15, 2011

Dunia Haiwan Sudah Terbalik


Kalau dalam cerita kartun kita selalu lihat kucing kejar tikus atau kucing buli tikus, macam la dalam kartun Tom & Jerry tu. Tapi dunia sebenar lain tak macam dunia kartun. 
Tikus yang membuli kucing.. Aduh..


Di dunia sebenar, kucing yang belasah anjing, bukannya anjing belasah kucing.
Tumbukan K.O si kucing. Ouuch...


Lelaki Selamatkan Anjing Hampir Lemas



Mat Saleh memang tak senang duduk kalau nampak haiwan dalam kesusahan. Tak payah nak tunggu bomba datang, dia ambil tindakan sendiri. Ini sikap yang mulia yang patut kita belajar daripada dia. Selamatkan haiwan sama seperti selamatkan manusia, sebab haiwan ni bernyawa, ada perasaan. Marilah kita ambil iktibar dari kisah ini.



March 13, 2011

Kucing Curi Seluar Dalam Wanita



Gempak tajuk surat khabar ni. 
Berlaku tahun 2010 di England, kucing jantan ni ada tabiat yang pelik, iaitu mencuri seluar dalam wanita. Bertambah pelik dia hanya curi seluar dalam wanita sahaja, seluar dalam lelaki tak curi. 

Kucing Tersepit

Izinkan saya nak share satu kisah pasal kucing tersepit. Gambar ini, milik blogger www.omaq.org. Saya tertarik dengan kisah kucing ini, dan individu bernama Omaq ini telah mengambil satu tindakan yang bijak, iaitu dengan menyelamatkan kucing tersebut. Tindakan yang sangat mulia Omaq, mari kita lihat gambar-gambar yang menjelaskan detik-detik kucing yang tersepit.

Kisah Kucing tersepit

March 5, 2011

Pengkid Bunuh kucing Dapat Perhatian SPCA



Pengkid / tomboy bunuh kucing, dapat perhatian SPCA Selangor, ini merupakan berita yang kita nantikan, kerana sebelum ini terdapat banyak kes bunuh dan seksa haiwan tetapi tiada tindakan tegas yang diambil.
Video yang berjaya dirakam kamera CCTV di Serdang ini telah menjadi bahan bukti untuk kes ini.

Lihat video


SKM dan seluruh masyarakat mengutuk tindakan si pelaku itu kerana berlaku kejam terhadap haiwan kesayangan manusia ini dan kita sentiasa menantikan SPCA menghukum si pelaku dengan hukuman yang seberat yang mampu.


March 2, 2011

Kucing Makan Bubur, Minum Air Wudhu


Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk berwudhu.
Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?
Ia menjawab, “Ya.
Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah,”. (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.

Tiada Kuman Pada Kucing


Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman ada, ia bermakna kucing itu akan sakit.
Dr. Gen Gustafsirl mendapati bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah mengatakan bahawa kucing memiliki enzim pembersih yang bemama lysozyme.
Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, seperti pada kawasan air (lumpur, takungan hujan, dll). Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak mendekati dengan air. Tujuannya agar bakteri tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tiada kuman pada tubuh kucing.



March 1, 2011

Fakta Kucing




Fakta pertama: Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Permukaan lidah kucing tertutupi oleh pelbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok tajam seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing itu sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar dapat membuang bulu-bulu mati dan membersihkan kotoran di badannya.
Fakta kedua: Hasil penelitian kedoktoran dan percubaan yang telah dilakukan di makmal haiwan, berjaya menemukan bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.
Bahkan di zaman dahulu kucing digunakan untuk terapi. Dengkuran kucing 50Hz baik buat kesihatan, selain itu membelai kucing juga boleh mengurangkan stress.

Kisah Rasulullah s.a.w dan Kucing

Dari Abdullah r.a katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda :

“Seorang wanita telah diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah memasukkannya ke dalam neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat dibumi”.

Banyak kisah-kisah tentang kucing (kerana kucing memang binatang yang banyak berkeliaran di sekitar manusia). Bahkan Nabi juga memiliki kucing peliharaan. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumah, Nabi selalu mengendong mueeza (nama kucingnya) dan diletakkan dipahanya. Nabi bahkan berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.

Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai:
Mueeza selalu mengiau ketika mendengar azan, seolah-olah ngiawnya seperti mengikuti lantunan suara azan
Pernah juga saat Nabi mahu mengambil jubahnya, dan Muezza tidur diatasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya, tujuannya supaya tidak membangunkan Muezza.
Apabila Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan menggosok lembut ke badan kucing itu.
Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.



Terciptanya Blog Ini


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Rain, kerana membenarkan saya membuat blog ini demi memberikan kesedaran tentang kucing-kucing di Malaysia supaya  masyarakat lebih prihatin terhadap haiwan ini.

Blog ini akan memberikan anda informasi, maklumat, gambar dan video yang menarik khas untuk pengujung blog ini. Di peringkat awal, masih banyak kerja perlu dilakukan untuk menaiktarafkan blog ini. Saya berharap usaha ke arah menyedarkan masyarakat tentang kucing ini dapat dilakukan dengan cemerlang sekali.

Facebook Page: 

Terima Kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...