March 1, 2011

Kisah Rasulullah s.a.w dan Kucing

Dari Abdullah r.a katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda :

“Seorang wanita telah diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah memasukkannya ke dalam neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat dibumi”.

Banyak kisah-kisah tentang kucing (kerana kucing memang binatang yang banyak berkeliaran di sekitar manusia). Bahkan Nabi juga memiliki kucing peliharaan. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumah, Nabi selalu mengendong mueeza (nama kucingnya) dan diletakkan dipahanya. Nabi bahkan berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.

Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai:
Mueeza selalu mengiau ketika mendengar azan, seolah-olah ngiawnya seperti mengikuti lantunan suara azan
Pernah juga saat Nabi mahu mengambil jubahnya, dan Muezza tidur diatasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya, tujuannya supaya tidak membangunkan Muezza.
Apabila Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan menggosok lembut ke badan kucing itu.
Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.



2 comments:

  1. subhanaallah ! masyaallah !
    Haiwan juga adalah ciptaan Allah S.W.T !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...