July 7, 2011

Misteri kucing dibunuh setiap malam di Pahang

Berita ini admin dapat dari gempak.org, jadi admin nak berkongsi kepada anda tentang kejadian yang pelik tapi benar yang berlaku di Pahang ini. 

Misteri kucing yang mati di Pahang, setiap malam dengan gigitan cinta pada leher akhirnya terjawab. Hampir 20 ekor kucing telah menjadi mangsa, Kesemuanya diserang pada waktu malam. selepas digigit pada leher dengan luka yang besar, ia terbiar ditepi jalan, adakalanya 3 ekor jadi mangsa semalaman.

Abdul Hamid menunjukkan musang yang ditangkap Perhilitan yang menjadi punca kematian lebih 20 ekor kucing peliharaan penduduk di Mentakab.

Misteri kematian lebih 20 ekor kucing peliharaan dengan kesan gigitan di leher sejak dua minggu lalu di sekitar Taman Bukit Bendera, Mentakab dekat sini akhirnya terjawab.

Rupa-rupanya ia angkara sekawan musang yang ganas menyerang dan membunuh binatang peliharaan itu dan kejadian itu disaksikan sendiri oleh beberapa penduduk di kawasan itu baru-baru ini.

Seorang daripada mereka, Abdul Hamid Khan Ibrahim, 42, berkata, sekurang-kurangnya enam ekor musang dilihat menyerang seekor kucing sehingga menyebabkan kucing milik penduduk itu akhirnya mati.

“Hampir setiap hari, mesti ada kucing yang mati. Kadang-kadang lebih daripada tiga ekor kucing dijumpai mati di tepi jalan dengan kesan luka besar akibat gigitan di leher.

P/s: Musang ini mungkin ada masalah emosi, sampai jadi serial killer pula. Kepada kucing dan pemilik kucing hati-hatilah dengan haiwan yang liar. 


Gambar hiasan

3 comments:

  1. tak jelas la gambaq musang

    ReplyDelete
  2. betul ni..kucing saya baru ja pas mati gara2 musang cuba cungkil bijik mata dia..pastu abis tengkorak kepala dia luka teruk ada bekas gigitan musang tu..terseksa sungguh saat2 kematian dia...sampai2 nangis2 saya dibuatnye..

    ReplyDelete
  3. saya tinggal di taman yg bersebelahan aje..agak2 ada lg ke musang yg ganas tu ye..?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...