May 7, 2011

Tips Merawat Kucing Sakit


Merawat kucing yang sakit adalah sama seperti merawat anak yang sakit. Kucing yang sakit sepatutnya ditempatkan pada tempat yang tidak panas dan tidak terlalu sejuk yakni pada suhu bilik dan jangan tempatkan kucing di tempat yang bising kerana ini mungkin membuatkan kucing itu stress dan tidak selesa. 

Selain itu, pesakit (kucing) perlu diberikan tidur yang banyak mengikut kehendak dan keselesaan kucing. Selalunya kucing yang sakit tidur lebih banyak dari biasa. Anda juga boleh menyediakan bilik yang khas hanya untuk pesakit dan letakkan makanan dan air tidak jauh dari katil/tilam kucing bagi memudahkan mereka. 

Jika boleh, kucing yang dirawat dalam bilik itu berada pada jarak yang jauh dari perbualan / bunyi kegiatan keluarga di rumah, sebagai contohnya jauh dari perbualan keluarga yang bising, dari bunyi radio dan tv, atau bunyi anak yang menangis dan sebagainya.
Bunyi yang bising boleh memberikan stress dan tidak ketentuan emosi dan ini akan menghalang proses pemulihan kucing berjalan dengan lancar. 

Tetapi ini bergantung juga pada kucing, ada sesetengah kucing yang suka mendengar muzik alunan lembut (muzik okestra atau alunan piano)dan jika dia selesa ini mungkin membantu proses pemulihan kucing tersebut, tapi perlu ingat kucing memiliki deria pendengaran yang kuat, jadi volume yang perlahan sudah memadai. 

Anak kecil / bawah umur dan haiwan peliharaan lain perlu dijauhkan dari kucing yang sakit. Jika kucing anda terlampau sakit, dapatkan doktor untuk kucing anda supaya diberikan rawatan, dan juga dapatkan nasihat doktor mengenai pemakanan kucing, makanan apa yang boleh diberikan dan sebagainya. 

Anda tidak boleh memaksa kucing yang sakit untuk berjalan ke tempat yang jauh untuk minum, makan atau menggunakan litter box kerana Kucing yang sakit tersebut mungkin cenderung kepada kemurungan. Oleh itu makanan, minuman dan litter box perlulah berdekatan dengan kucing. Anda juga memainkan peranan penting dalam menaikkan mood kucing tersebut dengan mengunjungi kucing anda yang sakit, membelainya dan bercakap dengan kucing dengan nada yang lembut. 

Tempat tidur, bekas makanan, bekas minuman kucing dan keadaan di rumah perlulah dalam keadaan yang bersih bagi menghindarkan dari serangan bakteria dan virus yang merbahaya. 

Jadi mulakan lakukan yang terbaik demi yang tersayang. ;)

4 comments:

  1. As'kum, smua.

    Kpd yg prihatin trhadap kesihatan kucing dan amat menyayanginya, sila jaga kebersihan dan kesihatan ia dgn ubat tradisional di sini:

    Bersama Selamatkan Kucing Kita

    Semoga berjaya. Tq.

    ReplyDelete
  2. kucing saya seakan-akan tersedak....camna nak rawatinya?

    ReplyDelete
  3. As salam. Tips yang bagus dan berguna untuk merawat kucing yang sakit. Info yang berguna :). Terima kasih kepada penulis!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...