May 25, 2011

Selamatkan Anjing Malaysia







Apa reaksi anda bila lihat gambar ini?
Semua gambar-gambar ini diperolehi dari page
Good Muslims Love Dogs!
Sebagai orang islam, kita juga mempunyai tanggungjawab di dalam menjaga dan menyelamatkan haiwan-haiwan di muka bumi ini. Di akhirat kelak, haiwan-haiwan ini akan berterima kasih kepada kita.

Gambar-gambar ini mengingatkan admin kepada kisah ini:

Dari Abu hurairah r.a katanya rasulullah saw. Pernah bercerita “Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami” lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya), dan diampuniNya dosanya” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?” Jawab rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),” Hadis Sahih Muslim jilid 4 no hadis 2099 Dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bercerita “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa bani Israil. Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu).

Ok, itu kisah zaman nabi dulu. Ada lagi kisah daripada sahabat yang menggunakan username faisal_moukie. Kisahnya begini:

Tengah hari tadi. Aku on the way dari Shah Alam nak ke Cyberjaya. Kebetulan masa tu kawan aku bawak. Aku dok belakang. Then tiba-tiba kawan aku tekan brek yang agak mengejut. Dah la kat lane paling kanan. Tapi takder la sampai tayar berasap, then aku tanya apahal. Dia cakap, ko tengok depan. So aku tengok la depan ada seekor anjing tengah baring atas jalan. 5 meter dari kereta aku. Badan dia dah tak boleh gerak lagi (baru kena langgar). Hanya buat mampu buat muka seposen je. Then dari arah kiri jalan ada sorang mamat naik motor ni datang dekat anjing ni.

Mamat ni melayu. (kereta lain kat belakang dah stop dah) dengan rasa berperikemanusiaan, dia buka jaket dia dan tutup anjing tu dengan jaket dia dan angkat anjing tu. Aku punya la kagum tengok mamat tu. Dah la melayu dan dia sanggup angkat anjing bawak ke tepi, masa aku berhenti tu sebelah aku ni lori, brader india, aku pun rasa dia rasa something pasal tengok melayu angkat anjing tuh. Dia yang boleh angkat tak nak angkat. So dia pun tolong sekali. Akhir sekali, anjing tu selamat pasal brader india tu suruh letak dalam lori dia. Dia bawak pergi hospital (la kot).

Menyayat hati bukan? Kisah ini sepatutnya dijadikan tauladan untuk kita. Oklah bagi anda yang masih ragu-ragu tentang hukum memegang anjing ini, mari kita belajar agama sedikit, baik untuk anda juga, manalah tahu nanti ada anjing depan mata, dan perlu diselamatkan. Anda juga yang dapat pahala nanti. ;)


Adakah anjing dan babi adalah haram bagi umat islam? Haram disentuh? Admin rasa ramai diantara kita yang berpendapat ianya haram. 

Mengikut pendapat para ustaz, sebenarnya haram ini datangnya daripada orang melayu di Malaysia, tetapi bukan daripada islam. Apa yang ingin admin sampaikan ialah, hukum yang sebenar bagi sesiapa yang memegang atau menyentuh anjing dan babi ini adalah tidak haram, kerana tiada nas yang menyatakan menyentuh anjing dan babi itu haram.

Yang dimaksudkan haram itu dari segi dagingnya untuk dimakan, umat islam dilarang memakan daging tersebut kerana haram.

Menyentuh anjing atau babi ini tergolong di dalam najis Mughollazoh. Ia bukanlah haram disentuh atau dipegang dan sesiapa yang menyentuhnya diwajibkan menyucikan iaitu bersamak dengan air yang telah dicampurkan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak sebanyak 6 kali.

Walaubagaimanapun begitu, membela anjing sebagai hobi adalah haram, melainkan membelanya di atas sebab-sebab tertentu yang mustahak. Hukum membela anjing sebagai hobi adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda," Barangsiapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi'iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu', IX/234)


Mengikut padangan ustaz Azhar Idrus, memegang anjing dengan sengaja tidak digalakkan dan dilarang dalam agama kecuali atas sebab-sebab tertentu yang mustahak.


Artikel tambahan, dipetik dari [ibnumalek.blogspot.com]:
Gambar pelajar yang memeluk babi dan artis yang bermain dengan anjing bukan menghina Islam sebaliknya menerangkan bahawa umat Islam boleh menyentuh anjing dan babi. Tiada nas yang menyatakan menyentuh babi dan anjing itu haram sebaliknya yang menyatakan haram itu adalah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap dua makhluk yang Allah cipta ini. Kedua-duanya adalah ciptaan daripada Allah dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan babi dan anjing ini untuk dipandang hina oleh umatnya?

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat, memeluk babi dan anjing yang diketegorikan sebagai najis Mughollazoh iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat Melayu di Malaysia ini. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh babi dan anjing yang haram disentuh? Berdasarkan apa yang saya pelajari sehingga ke Universiti Al-Azhar,Mesir menyentuh najis Mughollazoh tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis Mughollazoh kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak sebanyak 6 kali. Yang Haram berkaitan babi dan anjing ialah memakannya bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan geli atau jijik terhadap babi dan anjing. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh babi dan anjing yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah, Namun kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini.

Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

21 comments:

  1. bila saya bace artikel neh, hati sy tersentuh sebenarnya, sbb, masih rendah agi ilmu sy tentang islam, :), tq atas info ini :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih. info yamg baik dan jelas tentang hukum kedua-dua makluk Allah tu.

    ReplyDelete
  3. akak ni kerja doktor haiwan ke?

    ReplyDelete
  4. i love dogs.. pernah je pegang anjing kat tempat keje.. janji dia kering, kita kering, xperlulah nak samak. just beware pd air liurnya.. ia bwk penyakit.

    tq share artikel ni. at least, ramai peminat haiwan yg tercelik mata. =)

    ReplyDelete
  5. the dog so cute :) mashaallah

    ReplyDelete
  6. Kalau jahil dan rasa was was tak payah pegang lah...kalau dah terpaksa kerana kerja pakai je sarong tangan....yg getah tu berlambak kat farmasi...

    ReplyDelete
  7. penah masuk TV kan pasal pegang anjing n babi?rancangan 3R..doktor tu selamba je rawat anjing,x pkai glove,siap usap2 lagi..
    lps rawat,dia samak..memang stok tanah dia sediakan untuk samak..

    ReplyDelete
  8. one of the questions i had to face when i said im going to be a vet. answered.

    ReplyDelete
  9. bagi saye..kita dicipta akal fikiran yang cukup sempurna...dan haiwan yang haram masih menjadi tanggungjawab kita untuk membantu..rasanya tak salah..sebab hanya kita saja mampu menolong mereka kalau bukan siapa? so TAHNIAH dan TERIMA KASIH pada makhluk Allah yang berjaya menjalankan salah satu tanggungjawab mereka..

    ReplyDelete
  10. eh bodoh, sentuh anjing memang lah boleh, tapi nk bele2 nak sayang2 nak peluk2, tu elok dari segi agame lagi ke bodoh? ko bace betul2 hadith sume tu ade ke diorang peluk2 anjing mcm gambar betine kat atas tu? jgn jadi bodoh korang ingat korang same dengan nabi ke? kalau same dengan nabi then solat mcm nabi, pakai tudung mcm wanita zaman nabi.. fikir la, diorang tu najis, pegang najis boleh, TAPI SAYANG2 PELUK2 NAJIS? bodoh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahase mcm org xtau agame je..nak nasihat tp bahase...adoy!
      maafkan saye ye..

      Delete
  11. Yang Atas Aku Ni Kalo Tak Cukup Iman Dan Ilmu Tu Jangan Menunjuk Diri Tu Ada Iman Dan Ilmu. kalo Jahil mengaku Saja, berdosa Besar Menipu Diri Tu Banyak Ilmu Agama.

    ReplyDelete
  12. lordezam ko pegi mampos sekarang boleh tak?

    ReplyDelete
  13. hahahhaa..lOrdezaM kO ada peLuk2 ngan bukan muhrim kat dataran merdeka eak..? tu pasal kO sentap...kekekke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..yg itu die kate harus kot..

      Delete
  14. Pegang ke peluk ke asalkan samak tak sampai 1 minit pun. Daripada dok mengumpat, berpeluk dgn bukan muhrim, pegi bomoh buat ini buat itu, itu baru namanya dosa. Apa2 pun, anjing salah satu haiwan yang masuk syurga. Jgn samakan hukum melayu dengan islam. Sekian

    ReplyDelete
  15. sngat comel anjing tuh . babi dan anjing tak salah kalau nak pegang and nak bagi kasih syang . lagi dpat pahala adelah . tapi lepas tuh , samak lah ye . ISLAM MELARANG UMATNYE MEMAKAN DAGING BABI DAN ANJING BUKAN MENYENTUHNYE !
    harap maklum ye lOrdezam :)

    ReplyDelete
  16. bela anjing sbg hobi blh mengurangkan pahala satu qirath.ada ulama yg kata makruh saja.kalau berdosa barulah haram tp ada ke hadis yg kata hukum bela anjing sbg hobi berdosa.wallahualam..

    ReplyDelete
  17. bela anjing sbg hobi blh mengurangkan pahala satu qirath.ada ulama yg kata makruh saja.kalau berdosa barulah haram tp ada ke hadis yg kata hukum bela anjing sbg hobi berdosa.wallahualam..

    ReplyDelete
  18. bela anjing sbg hobi blh mengurangkan pahala satu qirath.ada ulama yg kata makruh saja.kalau berdosa barulah haram tp ada ke hadis yg kata hukum bela anjing sbg hobi berdosa.wallahualam..

    ReplyDelete
  19. bela anjing sbg hobi blh mengurangkan pahala satu qirath.ada ulama yg kata makruh saja.kalau berdosa barulah haram tp ada ke hadis yg kata hukum bela anjing sbg hobi berdosa.wallahualam..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...