May 11, 2011

Jamil Kucing Penyelamat Kucing Malaysia

Jamil Kucing atau nama sebenarnya Jamil Bin Ismail merupakan insan yang biasa tetapi mempunyai pekerjaan yang sungguh luar biasa iaitu dengan memelihara kucing jalanan. Ini satu pekerjaan? 

Ya.. Jamil dikatakan sanggup berhenti dari kerjanya semata-mata untuk berkerja sebagai pemelihara kucing jalanan (animal charity), pekerjaan yang menjaga kebajikan haiwan terutamanya kucing. 

Jamil Kucing lebih terkenal di kawasan Bukit Bintang kerana di situlah tempat beliau mempamerkan kucing-kucing belaannya.
Apa yang menariknya Jamil Kucing ini telah menjadi perhatian dunia. Buktinya dia pernah  muncul di dalam sebuah rancangan terbitan stesen televisyen jepun, NHK. (NHK Television Japan).

video









Dengar khabar angin juga mengatakan dia akan muncul di sebuah rancangan Oprah Winfrey show. Kalau nak tahu lebih lanjut kena tanya Jamil. 

Dia juga pernah muncul di tv saluran televisyen BBC London. Bukti? Ada.. Video di bawah ini telah disiarkan di saluran televisyen BBC London, dan sekali gus ini dapat memperkenalkan Jamil Kucing di mata dunia.

video

Semua saluran televisyen luar? Mana yang tempatan? Tak banyak. Boleh bilang, antaranya rancangan Rosham Nor di RTM dan Zizan Show di Astro Warna. Ini mungkin kerana adanya lagi segelintir masyarakat yang memandang serong pada kucing jalanan dan tidak ingin mengambil tahu tentang nasib mereka.

Apa-apa pun, kita saksikan dulu video di bawah ini daripada rancangan Zizan Show. Saksikan:

video

Walaupun tak banyak Tv tempatan yang menemu bual Jamil ni, tapi sebenarnya insan ini lebih popular di majalah-majalah dan surat khabar. Antaranya apa yang dipaparkan di bawah ini:


Picture 002


Picture 003


Sebenarnya banyak lagi, ini baru sikit, tapi kalau nak tengok lebih banyak lagi kenalah layari laman blog Jamil Kucing seperti yang tertera di bawah.


Anda boleh kunjungi blog Jamil kucing di:
http://bbcatlover.blogspot.com/ (ada unsur politik sikit)

Twitter Jamil kucing: http://twitter.com/#!/jamilkucing

Jadi, akhir kata dari admin dan warga SKM, kami amat berbangga ada insan berhati mulia seperti Jamil ini. Semoga dia sentiasa mendapat sokongan dan bantuan dari pihak-pihak kerajaan mahupun swasta (maklumlah bukan senang nak menyara beratus ekor kucing di rumah, mesti banyak pembelanjaan yang ditanggung). 

Oleh itu, SKM mengucapkan selamat maju jaya Jamil Kucing dan teruskan berjuang demi kucing-kucing Malaysia!

4 comments:

  1. Sangat touching dengan entry ni.

    ReplyDelete
  2. Tabek, kat pakcik jamil... jgn double standard kt kucing, kucing import mau jage, kucing kt blkg umah x mau jage...

    ReplyDelete
  3. wah bgus la pak cik jamil..saya pon kdang2 cian tgk kuceng kt merata2 tempat ada yg cdera..kurus kering..nak nagis tgk dorang..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    Tiada ayat terbaik daripada syukur alhamdullilah. dan jutaan terimakasih kepada ADMIN di atas sokongan ini. Semoga anda di berkati Allah subhanahuwataala.

    Amin.
    http://ppkskl.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...