May 21, 2011

Apa itu Pintu Kucing (cat flap)?



Cat flap atau cat door adalah pintu kucing yang selalunya dipasang pada pintu rumah, tingkap, atau dinding. Ianya bertujuan untuk memudahkan kucing masuk dan keluar rumah tanpa perlu menunggu pemiliknya membuka pintu. Ia sekaligus dapat menawarkan perlindungan kepada kucing daripada hujan dan suhu sejuk yang mungkin akan menyebabkan kucing terkena selsema. 

Cat flap ini popular di negara-negara maju antaranya di United Kingdom dimana hampir 90% pemilik kucing memasang cat flap ini di rumah mereka.

Cat flap ini juga sesuai digunakan oleh anjing.

Memudahkan kucing


RFID cat flap (gambar bawah), merupakan  pintu kucing yang berteknologi tinggi. Ia hanya membuka pintu untuk kucing yang dibela sahaja. Ia memerlukan microchip yang dikhaskan dipakai pada kucing bagi mengesan kucing itu adalah kucing yang dibela. Microchip itu dipasang pada kolar (collar) kucing. 
RFID cat flap. Teknologi canggih pintu kucing.
Saiz cat flap bergantung pada saiz kucing anda. Jika kucing anda mempunyai badan yang besar contohnya, anda memerlukan cat flap yang lebih besar.

video

Riaksi kucing (video di bawah) apabila tiada cat flap, kucing ini merayu pada tuannya supaya membuka pintu. 



Malangnya masih tiada lagi cat flap dijual di Malaysia. Carian di Mudah.my dan beberapa laman web tempatan yang lain, admin mendapati tiada yang menjual cat flap atau cat door ini. Anda boleh cuba cari di pet shop berdekatan, dan hasilnya kemungkinan besar tauke kedai hanya menggelengkan kepala. Jika ada sekalipun, anda perlu orang yang pakar untuk memasangnya. 

Sebab itulah kita perlu menyedarkan orang ramai bahawa kucing ini mempunyai perasaan seperti kita. Dengan itu mereka juga berhak untuk dapat apa yang mereka mahukan dan hidup dengan lebih selesa. 

Entri kali ini yang penuh dengan info dan maklumat, harapnya anda faham apa yang admin sampaikan.

Terima kasih SKM lovers.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...