March 30, 2011

Kucing Jantan Bunuh Anaknya, Kenapa?


Selalu kita dengar, anak kucing kalau lahir, mesti kena makan dengan kucing yang lebih dewasa atau kita panggil bapak kucing kan? Jadi apa sebabnya kucing kucing ni dimakan?








Kenapa kucing dewasa membunuh anaknya?

-ini adalah disebabkan oleh nafsu kucing itu sendiri untuk mengawan dengan kucing betina tersebut. Ini kerana kucing yang selepas beranak amak cenderung untuk menunjukkan sikap galak, "heat" beberapa hari selepas melahirkan anak. kelahiran anak anak kucing membuatkan ibunya sibuk untuk melayani si jantan lantas si jantan akan membunuh apa sahaja yang menghalangnya.

- kesilapan kucing dewasa itu sendiri, tersilap lihat anak kucing yang baru lahir sebagai tikus yang kekurangan zat atau lemah. Ini kerana banyak kucing yang hidup diluar sana kurang punca makan.

Kenapa kucing lain membunuh anak kucing lain?

-Kucing jantan adalah bersifat raja. Ia akan membunuh apa sahaja dari baka lain ( walaupun hidup serumah). Ini adalah kerana ia tidak menerima kehadiran baka lain yang bakal menggugat bakanya. Selain itu ia tidak mahu kucing2 itu untuk menggugat wilayahnya.

6 comments:

  1. haloo~
    saya nak tanya,
    1. bl musim mengawan kucing?
    2. macam mana nak tau [tanda2] kucing jantan/betina nak mengawan?
    tQ.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing pun ada musim ka nak mengawan.. x tahu la pulak saya..

      Delete
  2. saya bleh jwb :)

    kucing x de musim mengawan, bila2 saje die bleh buat bila dia dah bersedia. Selalunya tgk kepada kucing betina bila dia dah dlm tempoh heat atau estrous.

    ReplyDelete
  3. kucing saya baru ja kena bunuh dgn kucing luar. 2 mati sekor sempat diselamatkan. bawak guna vet.

    ReplyDelete
  4. ada mak kucing makan anak dia yg bru lahir.... sedih sgt anak dia cacat kaki blkg lumpuh.... pastu mak dye mkn....mak dye pn tahu cmne anak dia nk hdup esok2 kalu kaki xleh jln...... T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada mak dye...
      haiwan lebih berotak berbanding manusia walaupun tiada akal...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...