Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk berwudhu.
Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.
Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.”
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”
Ia menjawab, “Ya.”
Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah,”. (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu barulah Nabi berwudhu.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk dalam perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa anaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
Sayangnya, setelah Aisyah selesai solat, dia lupa tentang bubur tadi. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)
Hadis ini diriwayatkan Malik, Ahmad, dan Imam hadis yang lain. Oleh kerana itu bekas dari sisa makanannya suci.
Lihat begitu luar biasanya kucing itu, bahkan sampai menjadi haiwan peliharaan kesayangan Nabi. Namun sayangnya banyak sekali dari kita yang berpandangan negatif tentang binatang ini, ada yang mengatakan kucing dapat menyebabkan asma kerana bulu-bulunya, ada juga yang mengatakan kucing terdapat terinfeksi toxoplasma pada badannya, yakni sejenis parasit.
Padahal kalau diteliti lebih lanjut, toxoplasma itu adalah sejenis bakteria yang dapat hidup pada apa jenis binatang sekali pun. Catatan dalam penelitian/kajian ilmiah, Anjing dan Babi adalah binatang yang selalunya mengandungi penyakit ini.
hehe..psl tu yana x rasa geli minum air susu yg kucing yana x abes minum..
ReplyDelete