May 19, 2011

Mari Belajar Sejarah Kucing

Entri kali ini adalah berkaitan dengan sejarah kucing di serata dunia. Manusia pun ada sejarahnya, jadi kucing pun sudah tentu ada sejarahnya. Ini adalah diantaranya, banyak lagi sejarah kucing sebenarnya, cuma setakat ini sajalah yang admin dapat sediakan untuk anda buat masa ini. Sesuai untuk anda yang ingin tahu tentang sejarah kucing. 


Kucing Hitam


Pada pertengahan abad (middle ages), kucing tidak begitu popular kerana mereka sering dikaitkan dengan sihir dan ilmu hitam. Tetapi ada juga yang beranggapan ia membawa tuah. Para isteri kepada nelayan percaya membela kucing hitam dapat memberi tuah kepada mereka kerana dipercayai ia pelindung kepada suami supaya selamat pulang dari laut ketika selesai menangkap ikan. 


Pada abad ke-9, Raja Henry I, memutuskan untuk mengenakan denda kepada sesiapa yang membunuh kucing. Denda yang dimaksudkan ialah 60 gantang jagung, yakni jumlah jagung yang perlu diberikan kepada pihak istana.

Sampai sekarang, masih ada lagi orang yang percaya kucing hitam ini melambangkan syaitan dan membawa nasib buruk.

Kucing Mesir [Egyptian Cats]


Sekitar 450 BC, sesiapa yang membunuh kucing di Mesir akan dikenakan hukuman mati. 

Ketika ada kucing belaan yang mati, seluruh ahli keluarga akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung.






Pokok Pussy Willow


Ada satu lagenda, mengisahkan banyak anak kucing telah dibuang ke dalam sungai bertujuan untuk melemaskan mereka. Ibu kepada anak kucing itu  menangis, lalu pokok-pokok willow yang berada di tebing sungai itu menghulurkan dahan mereka dan berusaha untuk menyelamatkan anak-anak kucing itu.

Sejak pada hari itu, setiap musim bunga, pokok-pokok willow itu akan menjadi lembut dan halus seperti ekor anak kucing. Itulah sebabnya pokok itu diberi nama Pussy Willow.



Kucing China



Legenda kuno China ada mengatakan bahawa kucing adalah hasil dari hubungan seksual singa betina dan monyet. 










Nabi Muhammad S.A.W.




Rasulullah S.A.W. sangat sayangkan kucing sehingga baginda pernah memotong lengan baju jubahnya untuk mengelakkan kucing yang tidur dalam pelukannya itu daripada terjaga.





5 comments:

  1. baiknya Rasulullah.. thanks.. kisah silam kucing mmg best. hehe

    ReplyDelete
  2. lagenda kuno cina tu merepek je , yang Rasulullah tu best :)

    ReplyDelete
  3. nama kucing rasulullah tu muezza kot kalau x silap..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...