Disini admin nak bertanyakan beberapa soalan kepada peminat kucing semua, harap anda dapat menjawab dengan tulus dan ikhlas. ;)
Quizzes by Quibblo.com
Gemuk atau obesiti, istilah yang mempunyai sama maksud yang mengambarkan saiz badan seseorang. Kali ini topik kita, kucing gemuk dan obesiti. Jarang kita dapat lihat kucing di Malaysia ni yang gemuk-gemuk jika dibandingkan dengan negara lain. Di Thailand dan Singapura, banyak kucing yang obesiti. Di Malaysia mungkin kita tak pernah dengar langsung istilah kucing obesiti, manusia yang obesiti banyak pula. Hehe. Jadi tak tahulah apa sebabnya kucing di Malaysia ni tak mencapai lagi tahap obesiti.
Apa pun, admin ada benda nak dikongsikan bersama iaitu info dan maklumat mengenai kucing-kucing obesiti atau dengan nama manjanya kucing montel.
Mischief, Britain’s Slimmer Pet of the Year.
Nama kucing ni Mischief, sebelum dia dapat anugerah kucing paling slim, dia pernah memiliki badan yang montel.
Ketika Mischief berumur 6 tahun, dia tidak dapat memasuki cat flap kerana tidak muat, dia juga tidak dapat mandi kerana badannya yang gemuk menyukarkan lidahnya untuk sampai ke badan.
*Cat flap yang dimaksudkan adalah pintu kucing. Di negara maju, pintu kucing dipasang pada pintu rumah untuk membolehkan kucing keluar masuk dengan mudah.
Apa itu cat flap? Baca di sini:
http://selamatkankucingmalaysia.blogspot.com/2011/05/apa-itu-pintu-kucing-cat-flap.html
Apa itu cat flap? Baca di sini:
http://selamatkankucingmalaysia.blogspot.com/2011/05/apa-itu-pintu-kucing-cat-flap.html
Sekarang Mischief mempunyai berat badan 14 pound selepas dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 pound dalam masa 9 bulan. Dia juga telah memenangi Britain’s Slimmer Pet of the Year award dan boleh bergerak dengan lebih mudah dari keadaannya dulu.
Riley, Maine Coon.
Kucing yang berbulu lebat ini namanya Riley, berusia 2 tahun, dari baka Maine Coon.
Menurut pemiliknya, semasa gambar ini diambil, berat badan kucingnya mencecah 24 lbs.
Tiddles
Kucing bernama Tidles ini agak popular satu ketika dulu. Beratnya 32-lb. Kucing jalanan ini menetap di tandas awam wanita di Paddington Station, London.
Tiddles dijumpai dan dibela oleh June Watson pada tahun 1970. June menghidangkan daging arnab, hati ayam, lidah kambing, steak daging sebagai makanan untuk Tiddles setiap hari.
Tiddles terus membesar dan bertambah berat badannya. Dia telah mendapat perhatian orang ramai dan menerima surat dari peminatnya di serata dunia. Dia juga pernah muncul di televisyen dan pernah juga beraksi dalam pertandingan kucing gemuk dan menjadi juara ‘London Fat Cat Champion’ dengan mudah pada tahun 1982, ketika itu beratnya 30 lb atau 13.6 kg.
Tiddles menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1983 selepas doktor haiwan mendapati ada cecair fluid di paru-parunya.
Xu Jirong
Kucing bernama Xu Jirong ini berusia 9 tahun dan tinggal di Qingdao, China. Beratnya mencecah 33 lb atau 15 kg.
Ukuran pinggangnya sekitar 77 cm. Xu sangat sukakan daging tetapi dia tidak menggemari ikan.
Rahsia kegemukannya?
Pemiliknya memberikan Xu makan, roti dan setengah mangkuk hati ayam dan beberapa daging khinzir setiap hari.
Leo, Kucing Terpanjang Di Dunia
Nama kucing ni agak panjang, Verismo Leonetti Reserve Red atau nama pendeknya Leo adalah kucing yang dibela oleh Frieda Ireland. Nama kucingnya yang panjang mengambarkan sifat sebenar kucingnya itu.
Menurut Guiness World Record, Leo adalah kucing yang terpanjang di dunia. Beratnya 35 lb dan ukuran dari hidungnya sampai ke ekornya adalah 49 inci.
"Kami sekeluarga selalu memantaunya apabila isteri saya sedang memasak kerana Leo mampu berdiri dan mencapai makanan di atas meja dapur." Kata Leo.
Sassy
Mengikut kenyataan pemilik Sassy, "Sassy dilahirkan di Virginia, dan berpindah ke Kanada pada tahun 1991 bersama saya.
Dia merupakan anak kucing pada ketika itu dan selepas kami memberikan dia makan dan kemudahan di rumah, dia mula gemuk.
Saya tidak menyangka dia akan bertambah besar kerana dia sangat suka tidur, dan hampir setiap masa dia tidur."
Tubcat
Kelihatan gambar ini sangat menarik dengan riaksi wajah kucing yang agak melucukan. Gambar ini diambil pada tahun 2002.
Kucing ini diberi nama Tubcat. Malangnya, kucing ini agak misteri, masih banyak maklumat yang tidak diketahui tentang kucing ini.
Beratnya tidak diketahui dan asal usulnya juga misteri.
Katy
Kucing dari baka siam ini berusia 5 tahun, dia adalah Katy dari Russia. Menurut pemiliknya, Tamara Yapugova, kucingnya itu lebih berat dari kanak-kanak yang berusia 6 tahun.
Katy hanya makan beberapa ekor ikan pada pagi, 200 grams daging pada petang.
Katy hilang selera pada seks. Dia tidak berminat untuk mengadakan hubungan seks walaupun dengan suaminya, Tomcat Siska.
"Seleranya adalah makanan bukannya seks." Kata pemiliknya.
Kucing, Guiness World Record
Jadi setakat ini sahaja paparan mengenai kucing obesiti. Diharap info dan maklumat yang diselitkan dalam entri ini dapat memberikan anda serba sedikit pengetahuan tentang kucing obesiti. Terima kasih.
kalau kucing gemok ni elok kena kurangkan berat badan sbb obesiti mereka ttp boleh bawa maut .. biarlah tak gemuk ,tembam asalkan sihat walafiat..
ReplyDeletekalau nk selamatkn kucing, kat malaysia neyh patotnya wat undang2.. kalau ada kereta langgar kucing @ mna2 haiwan yg hampir pupus ke apa ke akan dikenakan hukuman @ saman... haiwan pon ada hak mereka... seperti di negara asing contohnya australia, america n byk ag...
ReplyDeletekesian tengok kucin yang gemuk tu....ingtkn gemuk sikit...rupa-rupanya gemuk sangat...kesian dorg...nmpak perut dorg cm nk meletup dh...haish...zalim sungguh...knp bagi kucing mkn banyak sangat?
ReplyDelete