May 22, 2011

Tama, Kucing Kereta Api


Seekor kucing jalanan mula mencari makan di stesen kereta api Wakayama, Jepun. Kucing betina itu kemudiannya dibela dan diberi nama Tama oleh pemilik kedai runcit di stesen itu. 

Kehadiran Tama di stesen kereta api itu mendapat layanan yang baik dari pengunjung dan para perkerja di stesen tersebut. Tama yang manja selalu dibelai oleh orang ramai yang datang ke stesen itu tanpa rasa malu. 


Orang jepun memang peramah walaupun dengan haiwan sekalipun. Cuba kalau ada seekor kucing yang selalu singgah di stesen kereta api di Malaysia, orang yang hadir mesti buat endah tak endah, tak hiraukan kucing jalanan yang lalu lalang. Hina sangatkah mereka ini? Anda jawablah sendiri.

Berbalik pada cerita Tama, pada Januari 2007, Tama telah dimahkotakan honorary stationmaster dan menjadi selebriti bagi stesen kereta api itu. Wakayama Electric Railway menanggung segala kos hidupnya, ini termasuklah makanan, topi, litter box, dan dua orang pembantu kucing bagi membantu Tama jika diperlukan pertolongan. 

Kisah Tama itu dan keperihatinan stesen kereta api tersebut telah menaikkan keyakinan masyarakat terhadap setesen kereta api Wakayama dan ini telah menaikkan jumlah penggunaan perkhidmatan tersebut. 


Pada tahun 2009, "Tama Densha" iaitu gerabak kereta api yang dicat lukisan berwajah Tama mula beroperasi di laluan Kishigawa.


3 comments:

  1. gemoknye Tama.hahaa banyak makan lettewww~ ehehe

    ReplyDelete
  2. Menurut Jejak Jepun Bersama Zizan, Tama ni ada jawatan sebagai CEO di stesen keretapi ni :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...