June 2, 2011

Anjing jalanan ditangkap, ditembak di hadapan kanak-kanak

Warga Pulau Pinang telah menjadi saksi kepada kekejaman penangkapan dan pembunuhan anjing jalanan di negeri itu. Kegiatan ini telah dilakukan oleh MPPP (Penang Municipal Council) dan penembak-penembak dikatakan menembak anjing itu di kawasan perumahan dan berdekatan dengan tadika kanak-kanak.

Penduduk setempat telah mendesak kerajaan negeri agar menimbang semula kaedah yang digunakan itu untuk mengurangkan anjing jalanan kerana kaedah yang digunakan tak sesuai dan juga merbahaya kepada orang ramai disebabkan aktiviti tembak menembak yang dilakukan itu di kawasan awam.


Seorang saksi kejadian yang ingin dikenali sebagai Rowe, mengatakan bahawa akhir-akhir ini, banyak anjing jalanan yang berkeliaran di Sunway Mutiara, Batu Maung, tetapi haiwan ini tidak menganggu penduduk. 

Dia berkata lagi, bahawa dia ternampak beberapa pekerja perbandaran itu sedang menembak anjing-anjing di kawasan perumahannya beberapa hari yang lalu, dan ia meninggalkan kesan darah anjing di atas jalan.


Apabila mereka tiba, anjing-anjing yang tidur di bawah kereta yang diparkir di luar rumah ditarik keluar, dan mereka bergelut sehingga anjing itu tidak dapat bergerak bebas dan mereka mengacukan senjata api, lalu menembak beberapa kali di kepala anjing, walaupun anjing itu tidak berpelakuan agresif.


Penduduk lain, yang ingin dikenali sebagai Shu, seorang ibu berkata, tiga anaknya yang masih kecil telah menyaksikan pembunuhan kejam itu dan sekarang mereka trauma dengan kejadian itu. 

"Bagaimana jika peluru itu, peluru sesat? Kanak- kanak di sini boleh menjadi mangsa," katanya.


Sarah Rinkenberger, 32, seorang warga Amerika yang menetap di kawasan itu berkata, dia tidak ada di rumah ketika kejadian tembak menembak berlaku, tetapi dia diberitahu jirannya mengenai kejadian ini.


"Saya hairan kaedah tersebut digunakan di negara ini. Jika di Amerika, anjing jalanan ditangkap dan dihantar ke satu tempat penempatan khas, tetapi anjing-anjing ini tidak akan ditembak, apatah lagi ditembak di kawasan yang terbuka.

Rinkenberger, yang berkerja sebagai pembantu menguruskan sebuah pusat bahasa di sini dengan suaminya, dia berkata, tuhan telah menciptakan manusia dan haiwan, oleh kerana itu, anjing ini perlulah dilayan dengan baik. 

P/s: Admin kagum betul tengok minah saleh ni cakap. Orang kita ni yang jahil sebenarnya, sedangkan islam pun tak suruh kita menzalimi haiwan. 

9 comments:

  1. hamaigad. ini sangat horrible.
    animal cruelty!
    :(

    ReplyDelete
  2. zalimnya!!!
    ini boleh effect kat tumbesaran kanak2.
    nanti kanak2 ingt, anjing memang utk d bunuh!

    ReplyDelete
  3. i cannot believe this is happening in Malaysia.. :(

    ReplyDelete
  4. ustazah aku ckp,apa yg kita wat jahat kat haiwan,akn dibalas kat akhirat..kalau org tu simbah air pns kat kucing,kat akhirat kucing tu siram balik air panas kat dia..

    and orang ni akan ditembak kat kepala dia berkali2 kat akhirat nnti oleh anjing yg tlah dia tembak..

    ReplyDelete
  5. ya allah, walaupun haiwan tu haram dipegang, tak semestinya kita boleh seksa dia macamtu. sedihnya aku tengok anjing tu :(

    perlu ke anjing2 tu diperlakukan sedemikian rupa?
    orang kat malaysia ni memang tak suka haiwan,
    tak dapat dinafikan.

    ReplyDelete
  6. Masyallah , siannye , berdosa lah buat cmtu , nanti dia buat balik kat akhirat , eii! Perempuan amerika tadi pun kata , tuhan cipta semua tu , walau die christian , die paham,,,

    ReplyDelete
  7. Dah Macam Korea Utara Punya cara dah, Kalau Ada Anjing Dekat bandar Pyongyang, Dorang Tembak Sampai Mati dan pelbagai cara Untuk Membunuh haiwan.

    ReplyDelete
  8. eedaRAWR : Anjing tak haram dipegang. tak berdosa pun kalau pegang anjing. cuma ianya najis jika disentuh dalam keadaan basah. dan hanya perlu disamak sahaja. tidak berdosa pun

    ReplyDelete
  9. Siapa yang buat care tu bodoh , langsung tak ade belas kasihan ! Tuhan dah bagy otak fikir lahh care yang betul jangan duk buat perkara yang tak masuk akal . Kesian lahh dengan anjing tuyy , die tak bersalah .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...