April 30, 2011
Ibu Kucing Melahirkan Anak Anjing?
Walaupun ia sangat mustahil bagi spesis haiwan untuk melahirkan anak dari spesis yang berbeza tetapi lain pula ceritanya di Yangshan, China. Seekor ibu kucing telah menjadi bualan hangat penduduk setempat kerana telah melahirkan anak anjing. Kucing tersebut melahirkan dua ekor anaknya, satu kucing dan satu anjing.
April 27, 2011
April 25, 2011
April 21, 2011
Undi Blog SKM Sebagai Blogger Of The Year!
Disini kami mengajak anda untuk mengundi blog kucing yang pertama di dalam pertandingan Digi WWWOW Awards. Dipercayai SKM ni antara blog kucing yang bertanding, setakat ni admin belum nampak blog berkaitan kucing yang bertanding, alangkah bangganya jika SKM satu-satunya blog berkaitan kucing. ;)
Jadi harapnya, anda semua peminat kucing mengundi kami, langkah-langkahnya mudah saja, ada diselitkan di bawah ni. Terlebih dahulu admin juga ingin mengajak anda yang mempunyai blog boleh turut serta dalam pertandingan Digi WWWOW Awards ni, tapi vote la untuk SKM dulu ok!
April 17, 2011
Peminat Lady Gaga Bunuh Kucing

Terlebih dahulu admin ingin memaklumkan bahawa artikel ini telah dipetik dari blog taufiqhafiidh.blogspot.com. Ada satu kisah tentang seorang peminat Lady Gaga yang dipercayai telah membunuh kucing miliknya untuk mengambil darah bagi melengkapkan satu kostume yang diinspirasi oleh penyanyi itu.
April 16, 2011
April 14, 2011
April 12, 2011
April 10, 2011
Anak Kucing Dibunuh Manusia Jahanam!
Di kawasan pendalaman Kunming, Panlong, China, empat ekor anak kucing yang dibela telah dijumpai mati dengan tragiknya. Menurut keluarga yang membela kucing itu, pada pagi mereka terdengar suara kucing menangis dengan anehnya. Mereka dengan terburu-buru, turun di tingkat bawah bagi meninjau keadaan dan mendapati keempat ekor anak kucing telah mati, dan bangkai diletakkan di hadapan ibu kucing.
April 9, 2011
Bangkai Kucing Dalam Enjin Kereta
Ajal maut di tangan tuhan.
Video ini sungguh menyayat hati bagi penggemar kucing. Kadang-kadang kemalangan tidak dapat dielakkan, lagi-lagi ia melibatkan kucing kerana kucing tidak sepandai manusia berfikir.
Jadi ingatlah kita, pastikan si comel di rumah sentiasa dalam keadaan baik dan selesa.
Pembunuhan Kucing Beramai-ramai demi Sukan Olimpik Beijing
Beribu kucing yang ditinggalkan oleh pemilik kucing yang sekarang digelar kucing jalanan kerana tidak bertuan, dipercayai akan melalui proses pembunuhan kucing beramai-ramai kerana kerajaan China mengambil langkah untuk membersihkan bandar Beijing sempena sukan Olimpik yang diadakan di negara itu. Beratus kucing telah ditangkap dan dikurung di dalam kurungan yang sempit sehingga kucing tidak boleh bergerak.
Kemudian kucing-kucing ini akan dibawa naik ke kenderaan, yang akan membawa mereka ini ke tempat yang digelar "death camps". Kempen kerajaan untuk membasmi kucing selaras juga dengan dakwaan kucing jalanan pembawa virus dan berpenyakit. Kerajaan juga turut menyuruh rakyat negara itu membantu membersihkan bandar mereka membasmi kucing jalanan ini.
![]() |
Kucing yg ketakutan ini dikurung beramai-ramai dengan sangkar kurungan yang kecil. Mereka akan dibawa ke market Guangzhou. |
April 4, 2011
Video game yang menyeksa kucing [Kejam!]

Game ini memboleh kita membunuh kucing termasuklah memasukkan senapang ke dalam lubang dubur kucing.
Kejam! memang dulu admin main game ni tak tergamak nak guna kucing sebagai silencer dalam permainan tersebut. Walaupun hanya dunia game, tapi dikhuatiri aksi ganas dan keterlaluan penyeksaan haiwan ini diikuti remaja yang fikir tak panjang.
Kejam! Kucing Dijemur Panas
Apabila kita melihat kucing yang dikurung dan dibiar dijemur tengah panas, bayangkan kalau kita manusia dikurung di dalam sangkar/kandang yang tiada tempah berteduh, lalu cahaya matahari memancar terus ke arah kita. Jangan lupa, kucing juga mempunyai deria seperti manusia, bermaksud kucing juga akan rasa panas dan sejuk. Tambahan pula kucing mempunyai bulu yang lebat, akan berasa panas lebih dari manusia.
Oleh itu kita selalu lihat kucing suka tidur atau baring di tempat berteduh termasuklah bawah kereta, bawah pokok dan sebagainya. Jadi, sesiapa yang berhasrat untuk membela kucing di dalam kurungan sangkar/kandang perlulah menyediakan tempat yang selesa dan mengambil kira faktor-faktor seperti keadaan kurungan tersebut.
![]() |
Kucing kepanasan dijemur cahaya matahari yang terik |
April 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)