September 20, 2011

Kucing suka naik bas

Kucing yang bernama Macavity ini mempunyai satu mata yang berwarna biru dan satu berwarna hijau. Namun apa yang istimewanya bukanlah mata kucing ini, tetapi kebijaksanaan yang ada pada kucing ini. Kucing ini dikatakan pandai mengunakan perkhidmatan pengangkutan bas. 



Pemandu bas, Bill Khunkhun, 49, terkejut apabila melihat seekor kucing yang turun dari bas bersama penumpang lain. "Ia amat aneh apabila melihat kucing turun dari bas saya bersama penumpang lain, ini merupakan pertama kali saya melihat kejadian sebegini." Katanya.

"Hari berikutnya saya berhenti di Churchill Road untuk mengambil penumpang. Semasa saya membuka pintu bas kucing itu lari ke arah bas dan masuk ke dalam bas. Dia terus melompat ke atas kerusi penumpang bas." Katanya lagi.

Sejak Januari lalu, kucing ini dilihat menaiki bas dan turun dari bas di tempat yang dia selalu turun.

P/s: Kucing memang bijak

4 comments:

  1. uitm penang dulu ada kucing pandai guna lif :)

    ReplyDelete
  2. mmg macho..kucing nie bijak..kte je tak taw..huu

    http://mianimalsstory.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. omycat !! comeynyeeee !! dahlaa macam senyum . sib baik kamu comel . kalo tak kene cas naik bus . hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...