April 30, 2011

Ibu Kucing Melahirkan Anak Anjing?


Walaupun ia sangat mustahil bagi spesis haiwan untuk melahirkan anak dari spesis yang berbeza tetapi lain pula ceritanya di Yangshan, China. Seekor ibu kucing telah menjadi bualan hangat penduduk setempat kerana telah melahirkan anak anjing. Kucing tersebut melahirkan dua ekor anaknya, satu kucing dan satu anjing.



Zhou Yun, pemilik kucing tersebut, seorang yang penyayang kepada binatang dan mempunyai kedua-dua kucing dan anjing di rumahnya. Kucing dan anjing adalah kawan rapat dan mereka makan dan tidur bersama.

"Kemungkinan ia adalah haiwan kacukan", kata Zhou.

Bagaimanapun secara genetiknya, ia adalah amat mustahil. Lai Xiaoyun, Presiden kepada klinik haiwan berkata, Kucing dan anjing adalah dua spesies yang berbeza dan tidak mungkin dapat melahirkan anak dari spesis lain. 

Terserah kepada anda untuk percaya atau tidak. ;)

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...