Seorang lelaki yang berniaga di pasar Bercham di Ipoh didapati menjual pelbagai jenis daging haiwan termasuklah daging anjing dan haiwan eksotik yang diancam kepupusan. Jika anda ternampak dia berniaga di pasar, sila laporkan kepada polis.
May 29, 2011
May 25, 2011
May 23, 2011
Manja bersama yang tersayang [Gambar]
Anak Harimau Dipaksa Mengambil Gambar
Ganjaran duit dari pelancong membuatkan pelatih akan melakukan apa cara sekali pun bagi membuatkan anak harimau itu melakukan aksi menarik.
May 22, 2011
Kucing Berdiri di Jepun
Kucing sangat popular di Jepun. Produk seperti filem anime Kiki’s Delivery Service dan Hello Kitty adalah contoh yang sesuai bagi menggambarkan betapa fanatiknya masyarakat jepun terhadap kucing.
Tama, Kucing Kereta Api
Seekor kucing jalanan mula mencari makan di stesen kereta api Wakayama, Jepun. Kucing betina itu kemudiannya dibela dan diberi nama Tama oleh pemilik kedai runcit di stesen itu.
Kehadiran Tama di stesen kereta api itu mendapat layanan yang baik dari pengunjung dan para perkerja di stesen tersebut. Tama yang manja selalu dibelai oleh orang ramai yang datang ke stesen itu tanpa rasa malu.
May 21, 2011
Apa pendapat anda tentang kucing Obesiti?
Disini admin nak bertanyakan beberapa soalan kepada peminat kucing semua, harap anda dapat menjawab dengan tulus dan ikhlas. ;)

Quizzes by Quibblo.com
Gemuk atau obesiti, istilah yang mempunyai sama maksud yang mengambarkan saiz badan seseorang. Kali ini topik kita, kucing gemuk dan obesiti. Jarang kita dapat lihat kucing di Malaysia ni yang gemuk-gemuk jika dibandingkan dengan negara lain. Di Thailand dan Singapura, banyak kucing yang obesiti. Di Malaysia mungkin kita tak pernah dengar langsung istilah kucing obesiti, manusia yang obesiti banyak pula. Hehe. Jadi tak tahulah apa sebabnya kucing di Malaysia ni tak mencapai lagi tahap obesiti.
Apa itu Pintu Kucing (cat flap)?
Cat flap atau cat door adalah pintu kucing yang selalunya dipasang pada pintu rumah, tingkap, atau dinding. Ianya bertujuan untuk memudahkan kucing masuk dan keluar rumah tanpa perlu menunggu pemiliknya membuka pintu. Ia sekaligus dapat menawarkan perlindungan kepada kucing daripada hujan dan suhu sejuk yang mungkin akan menyebabkan kucing terkena selsema.
Cat flap ini popular di negara-negara maju antaranya di United Kingdom dimana hampir 90% pemilik kucing memasang cat flap ini di rumah mereka.
May 19, 2011
Mari Belajar Sejarah Kucing
Entri kali ini adalah berkaitan dengan sejarah kucing di serata dunia. Manusia pun ada sejarahnya, jadi kucing pun sudah tentu ada sejarahnya. Ini adalah diantaranya, banyak lagi sejarah kucing sebenarnya, cuma setakat ini sajalah yang admin dapat sediakan untuk anda buat masa ini. Sesuai untuk anda yang ingin tahu tentang sejarah kucing.
Kucing Hitam

May 16, 2011
Kisah lucu kucing baru bangun tidur
Terlebih dahulu admin ingin memaklumkan ini adalah rekaan semata-mata. ;)
1. Pertama sekali, saya akan menggeliat selepas terjaga dari mimpi indah:
1. Pertama sekali, saya akan menggeliat selepas terjaga dari mimpi indah:
May 11, 2011
Jamil Kucing Penyelamat Kucing Malaysia
Jamil Kucing atau nama sebenarnya Jamil Bin Ismail merupakan insan yang biasa tetapi mempunyai pekerjaan yang sungguh luar biasa iaitu dengan memelihara kucing jalanan. Ini satu pekerjaan?
Ya.. Jamil dikatakan sanggup berhenti dari kerjanya semata-mata untuk berkerja sebagai pemelihara kucing jalanan (animal charity), pekerjaan yang menjaga kebajikan haiwan terutamanya kucing.
Jamil Kucing lebih terkenal di kawasan Bukit Bintang kerana di situlah tempat beliau mempamerkan kucing-kucing belaannya.
May 7, 2011
Tips Merawat Kucing Sakit
Merawat kucing yang sakit adalah sama seperti merawat anak yang sakit. Kucing yang sakit sepatutnya ditempatkan pada tempat yang tidak panas dan tidak terlalu sejuk yakni pada suhu bilik dan jangan tempatkan kucing di tempat yang bising kerana ini mungkin membuatkan kucing itu stress dan tidak selesa.
Selain itu, pesakit (kucing) perlu diberikan tidur yang banyak mengikut kehendak dan keselesaan kucing. Selalunya kucing yang sakit tidur lebih banyak dari biasa. Anda juga boleh menyediakan bilik yang khas hanya untuk pesakit dan letakkan makanan dan air tidak jauh dari katil/tilam kucing bagi memudahkan mereka.
Jika boleh, kucing yang dirawat dalam bilik itu berada pada jarak yang jauh dari perbualan / bunyi kegiatan keluarga di rumah, sebagai contohnya jauh dari perbualan keluarga yang bising, dari bunyi radio dan tv, atau bunyi anak yang menangis dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)